Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06/03-10/03/2017

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 06/03-10/03/2017

USDJPY ditutup lebih tinggi di W1 minggu lalu. Ini merupakan minggu ke 2 USDJPY ditutup lebih tinggi dengan harga penutupan pasaran minggu lalu 114.78

USDJPY ditutup lebih tinggi di W1 minggu lalu. Ini merupakan minggu ke 2 USDJPY ditutup lebih tinggi dengan harga penutupan pasaran minggu lalu 114.789 adalah tertinggi sejak 4 minggu terkebelakang. OHLC W1 tercatat sebagai 114.953, 115.496, 114.648, 114.789.

 

Pengukuhan USDJPY boleh dikatakan konsisten sejak Isnin hinggalah Khamis. Hari Jumaat, dipercayai aktiviti pengambilan untung telah membuatkan USDJPY menyusut melakukan pembetulan pasaran walaupun set data NFP boleh dikatakan baik secara keseluruhannya.

 

Dari Negara Uncle Sam, minggu hadapan Khamis jam 2.00 pagi waktu Malaysia, seluruh pasaran mata wang menantikan pengumuman kadar faedah terkini daripada FOMC. Pasaran menjangkakan kenaikan sebanyak 25 mata asas kepada 1.00% daripada 0.75%. Sebelum pengumuman Federal Funds Rate, terdapat 5 data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS akan diterbitkan. Namun data-data ini berkemungkinan tidak banyak memberikan impak sehinggalah FOMC beraksi awal Khamis pagi. Kenaikan kadar asas faedah daripada AS dijangkakan akan membuatkan USDJPY terus mengukuh.

 

Dari Jepun pula, tiada langsung data berkala ekonomi berimpak tinggi akan diterbitkan minggu hadapan. Namun BOJ akan menetapkan kadar faedahnya yang terkini bersama Monetary Policy Statement pada pagi Khamis sebelum BOJ Press Conference yang dijadualkan pada jam 2.30 petang waktu Malaysia. Pakar ekonomi tidak menjangkakan ada perubahan kadar faedah daripada BOJ. Namun begitu mesti diperhalusi nada yang akan dibawakan BOJ kali ini. Setakat ini BOJ masih lagi menginginkan nilai Yen yang lebih rendah bagi kepentingan sektor eksport negara itu.

 

Melihat aspek teknikal, harga terakhir minggu lalu USDJPY telah berada di atas RBS 114.700 dengan paras Support seterusnya terletak di 114.220, 113.740, dan 113.400. Harga penutup minggu lalu juga masih berada di atas Mid BB yang membayangkan pembeli yang dominan berbanding penjual di D1. Harga Resistant secara teknikal SNR terletak di 115.375, 116.035, dan 116.540. Jika FOMC menaikkan kadar faedahnya minggu hadapan, USDJPY berpeluang menguji paras 78.6% Fibanachi Retracement bagi jatuhan sejak 15/12/2016.

 

“Bersahabatlah dengan penjual minyak atar, nescaya akan mendapat tempias bau-bauan harum”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: