Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 09-13 Januari 2017

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 09-13 Januari 2017

Secara keseluruhan, Dolar ditutup hampir tidak berubah berbanding Yen Jepun minggu lalu. Pembentukan CSP W1 hampir membentuk Doji yang sempurna, namun

Secara keseluruhan, Dolar ditutup hampir tidak berubah berbanding Yen Jepun minggu lalu. Pembentukan CSP W1 hampir membentuk Doji yang sempurna, namun harga penutupan minggu lalu Cuma berbeza 10 pips daripada harga pembukaan pasaran Isnin minggu lalu. Data OHLC W1 USDJPY 116.866, 118.606, 115.062, 116.918.

 

Pembukaan pasaran Isnin lalu menyaksikan kenaikan USDJPY sehingga Selasa lalu menguji Resistant 15 Disember 2016. Rabu dan Khamis pula USDJPY menyusut membuat Lower Low dan mencatat harga terendah 3 minggu. Jumaat NFP pula, USDJPY melakukan pembetulan pasaran apabila pakej data NFP menunjukkan keseluruhan yang memberangsangkan bagi Greenback. Keseluruhan beza harga terendah dan tertinggi minggu lalu adalah lebih kurang 350 pips.

 

Kelemahan Dolar Amerika pada hari Khamis disebabkan sentimen kurang Hawkish yang dibawakan FOMC Meeting Minutes yang telah diterbitkan pada jam 3.00 pagi Khamis 05/01/2017. Ulasan penyata FOMC yang diulas oleh Saudara Firdaus Ali boleh didapati di https://www.ctc.fm/ringkasan-minit-mesyuarat-fomc-dollar-terus-melemah/

 

Minggu hadapan masih tiada data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada Jepun. Pergerakan USDJPY dijangkakan akan terus dipacu oleh data-data ekonomi daripada US dan sentimen Safe Heaven (jika ada) . Unemplotment Claims akan diterbitkan pada jam 9.30 malam waktu Malaysia hari Khamis. Ini diikuti oleh Core Reatil Sales m/m, PPI m/m, Retail Sales m/m, dan Prelim OuM Consumer Sentiment keesokan harinya bermula jam 9.30 malam hingga 11.30 malam. Kali terakhir data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada Jepun adalah 14 November 2016. Bank di Jepun akan bercuti pada hari Isnin minggu hadapan bersempena sambutan Age-Day.

 

Secara teknikal pula, SBR pertama berada di 117.430. Jika USDJPY berjaya memecah paras 117.430, harga seterusnya adalah 118.655, 120.00 dan 121.250. Manakala harga Support psikologi yang kuat adalah 116.135 (harga terendah 24/08/2015) seterusnya 114.855 dan 113.795. Indikator RSI14 di D1 dan W1 masih menunjukkan USDJPY masih berada dalam mood belian dalam dagangan.

 

Kadar kecairan dalam pasaran dilihat masih belum kembali kepada normal, justeru itu adalah dinasihati para pedagang berhati-hati dalam meletakkan sesuatu posisi dalam dagangan. Kecairan dalam pasaran yang agak kurang boleh menyebabkan pergerakan pips yang tidak dijangka turun naiknya secara mendadak melebihi purata harian secara normal

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0