Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 10/04-14/04/2017

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 10/04-14/04/2017

USDJPY menyusut sedikit minggu lepas dengan OHLC W1 110.786, 111.358, 110.123, 111.086.  pergerakan USDJPY minggu lepas boleh dikatakan membosankan ba

USDJPY menyusut sedikit minggu lepas dengan OHLC W1 110.786, 111.358, 110.123, 111.086.  pergerakan USDJPY minggu lepas boleh dikatakan membosankan bagi seorang Swinger.

 

Diniagakan lemah Isnin hingga Rabu, dan mula kukuh pada hari Khamis. Ketika set data NFP AS dikeluarkan, USDJPY menguji semula harga terendah mingguan dan terus kukuh selepas pasaran menghadam set data NFP AS itu.

 

Daripada Jepun, hanya terdapat terbitan data berkala berimpak lemah akan diterbitkan sepanjang minggu hadapan. Sebarang minat belian Yen minggu hadapan selain daripada kerana data ekonomi adalah disebabkan pasaran yang berada dalam mode Risk Off.

 

Data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada US cuma akan bermula pada hari Khamis dengan Unemployment Claims dan Prelim UoM Consumer Sentiment. Pada hari Jumaat pula CPI m/m, Core CPI m/m, Core Retail Sales m/m  dan Retail Sales m/m dijadualkan akan diterbitkan pada jam 8.30 malam waktu Malaysia. Jika sentimen positif daripada AS diteruskan, USDJPY mempunyai peluang untuk terus mendaki ke harga lebih tinggi. FEDS Chair Yellen pula dijadualkan akan berucap di University of Michigan jam 4.00 pagi waktu Malaysia. Setiap bait kata Yellen sudah pastinya akan diperhalusi sama ada Hawkish atau Dovish kena Yellen merupakan pengerusi FEDS penggal ini.

 

Secara teknikal harga penutupan USDJPY minggu lalu berada di bawah 23.6% Fibonachi Retracement bagi kejatuhan bermula 10/03/2017. Indikator Stochastic di D1 masih menunjukkan mode Jualan yang bagus. RBS terletak di 110.585, 112.070 dan 112.560. Paras SBR terdahulu paling hampir di 110.920, 110.620, dam 110.260. Semakan seterusnya menggunakan Ichimoku Kinko Hyo mendapati di D1 USDJPY masih lagi Downtrend.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: