Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 10/07-14/07/2017

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 10/07-14/07/2017

Ulasan Minggu Lalu USDJPY masih meneruskan pendakian di sebalik sentimen jualan Dolar AS yang kuat sejak beberapa minggu lalu. USDJPY mengukuh mele

Ulasan Minggu Lalu

USDJPY masih meneruskan pendakian di sebalik sentimen jualan Dolar AS yang kuat sejak beberapa minggu lalu. USDJPY mengukuh melebihi 180pips daripada harga pembukaan dengan OHLC W1 112.104, 114.171, 112.070, 113.901. Antara faktor pengukuhan Dolar berbanding Yen adalah BOJ yang masih berdegil masih mengatakan Jepun masih memerlukan rangsangan fiskal berbanding lain-lain bank pusat utama dunia yang sudah mula merubah pendapat kepada mengetatkan polisi kewangan masing-masing.

 

Fundamental Ringkas Minggu Hadapan 10/07-14/07/2017

Cuma terdapat 9 data berkala makroekonomi berimpak kecil daripada Tokyo akan diterbitkan minggu depan. Jadi besar kemungkinan sentimen jualan Yen masih diteruskan sehingga BOJ merubah pendirian kepada mengetatkan polisi kewangannya.

 

Bagi terbitan data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS minggu hadapan, ianya hanya akan bermula pada hari Rabu Khamis dengan PPI m/m dan Unemployment Claims. Jumaat pula jam 8.30 malam waktu Malaysia, CPI m/m, Core CPI m/m, Core Retail Sales m/m, dan Retail Sales m/m. Secara kasar set data CPI ini merupakan antara elemen terpenting bagi mengukur tahap inflasi AS.

 

Terdapat juga ucapan 4 ahli FOMC yang akan berucap berkenaan polisi kewangan FOMC bermula hari Rabu hingga Jumaat. Ucapan ini sedikit sebanyak dapat memberikan seri turun naik jual beli Dolar AS. Paling menarik adalah Feds Chair Yellen akan memberikan dua testimoni di hadapan Financial Services Committee di Washington DC pada hari Rabu dan Khamis jam 10 malam waktu Malaysia. Testimoni ini amat penting bagi melihat pandangan hadapan FOMC bagi setengah tahun kedua 2017 ini. Jika Yellen terus bersifat Hawkish, USDJPY berpeluang untuk terus mendaki secara perlahan-lahan

 

Risiko Pasaran

Dalam kenyataan FED Chair Yellen yang lalu, beliau begitu optimistik dalam menaikkan sekali lagi kadar faedah tahun ini. Pasaran melihat beliau terlalu optimistik mungkin kerana data makroekonomi daripada AS tidak meyakinkan sejak akhir-akhir ini. Sebarang silap percaturan daripada The Feds ditakuti akan membuatkan Dolar AS terus berada dalam tekanan jualan dan USDJPY boleh melakukan pembetulan pasaran kepada harga jauh lebih rendah.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

USDJPY kelihatan sudah ditutup di atas Trendline seperti di dalam rajah. Indikator Stochastics juga masih menunjukkan momentum belian dalam dagangan yang baik di D1 dan W1. Paras SBR terhampir adalah di 114.365, 114.495, dan 116.540. Jika USDJPY melakukan pembetulan pasaran kepada harga lebih rendah, paras RBS yang perlu diperhatikan adalah 112.200, 112.190, dan 110.945.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: