Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017

USDJPY jatuh menghampiri paras 23.6 Fibonachi Retracement bagi kenaikan sejak Post-Brexit Low pada 24/06/2016. CS W1 Bearish dengan OHLC minggu lalu d

USDJPY jatuh menghampiri paras 23.6 Fibonachi Retracement bagi kenaikan sejak Post-Brexit Low pada 24/06/2016. CS W1 Bearish dengan OHLC minggu lalu dicatat sebagai 117.011, 117.524, 113.749, 114.400. Harga penutupan USDJPY merupakan yang terendah sejak 5 minggu. Sepanjang minggu lalu CS D1 sentiasa menunjukkan penurunan atau CS Bearish.

 

Secara kasar pengukuhan Yen berbanding Greenback dipacu semata-mata kelemahan Dolar Amerika sepanjang minggu lalu walaupun ketiadaan data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada Jepun. Dolar bermula lemah minggu lalu dan terus melemah selepas Donald Trump memberikan sidang medianya pada hari Rabu lalu. Ulasan sidang media itu oleh Saudara Firdaus Ali boleh didapati di https://www.ctc.fm/sidang-akhbar-trump-tidak-meyakinkan-dollar-menjunam/

 

Minggu hadapan masih lagi tiada data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada Jepun, iaitu sejak kali 14 November 2016. Dipercayai minggu hadapan, turun naik USDJPY akan terus dipacu kuat lemahnya Greenback. Fed Chair Yellen akan berucap di Commonwealth Club di San Francisco. Para pelabur sudah semestinya menantikan ucapan Yellen ini kerana Yellen merupakan pengerusi FOMC yang mengawal setiap polisi ekonomi FOMC. Yellen juga akan membuat satu lagi penampilan dan ucapan hari Jumaat jam 9.00pagi di Stanford Institute for Ecnomic Research. Jangan dilupakan juga CPI m/m, Core CPI m/m, Building Permits, Philly Fed Manufacturing Index, dan Unemployments Claims yang akan diterbitkan bermula pada hari Rabu dan Khamis daripada US.

 

Secara teknikal, penurunan USDJPY sudah menghampiri paras 23.6 Fibinachi Retracement bagi kenaikan sejak Post-Brexit Low pada 24/06/2016. Indikator RSI14 di H1, H4, dan D1 sudah menunjukkan momentum jualan USDJPY. Namun RSI14 di W1 masih menunjukkan berada dalam mood belian (atas paras 50 RSI14). Berkemungkinan besar penurunan ini merupakan pembetulan pasaran bagi kenaikan mendadak USDJPY sejak Donald Trump memenangi pilihan raya presiden.

 

Jika USDJPY meneruskan penurunan minggu lalu ke minggu hadapan, besar kemungkinan akan menguji harga Support di 113.880, 113.120, dan 112.370. Harga Resistant yang mesti diperhatikan pula adalah pada 113.855, 115.470 dan 116.135. Sementara itu, paras 23.6 Fibonachi Retracement bagi kenaikkan sejak Post-Brexit Low terletak di 113.990 yang juga boleh digunapakai sebagai paras penentuan turun naik USDJPY secara teknikal. Manakala paras 38.2 pula letaknya di 111.115.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: