Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 19-23 Disember 2016

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 19-23 Disember 2016

Dolar Amerika ditutup kukuh minggu lalu berbandung Yen Jepun. Bermula dengan sedikit Gap di atas 115.400, USDJPY memulakan hari dagangan Isnin dengan

Dolar Amerika ditutup kukuh minggu lalu berbandung Yen Jepun. Bermula dengan sedikit Gap di atas 115.400, USDJPY memulakan hari dagangan Isnin dengan sedikit hambar sebelum mula pulih pada hari dagangan Selasa. Ketika Federal Reserve Open Market Committee, FOMC  menaikkan kadar faedah kepada 0.75% USDJPY terus mengukuh dan pengukuhan USDJPY berterusan pada hari Khamis. Dagangan Jumaat USDJPY boleh dikatakan hampir Sideway dan menutup pasaran minggu lalu pada paras 117.980.

 

Secara makroekonomi pergerakan USDJPY minggu lalu banyak berpaksikan kekuatan Greenback seperti yang diulas di https://www.ctc.fm/usd-vs-yen-ulasan-minggu-lalu-dan-pandangan-12-16-disember-2016/. Kenaikan USDJPY ini merupakan berita gembira kepada ekonomi Jepun yang banyak bergantung kepada eksport.

 

Minggu hadapan tumpuan pasaran bagi peminat Yen akan beralih arah kepada BOJ Policy Rate, Monetary Policy Statement, dan BOJ Press Conference. Semua itu akan berlaku pada hari Selasa pada masa yang tidak ditetapkan. Kebiasaannya ketika pasaran Asia sedang berlangsung. Minggu hadapan juga masih tiada data berkala makroekonomi daripada Jepun akan diterbitkan seperti minggu lalu.

 

Dengan pasaran sudah mula memasuki musim cuti Krismas, tidak banyak data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada Negara Uncle Sam yang dapat mempengaruhi turun naik USDJPY. Hanya pada hari Khamis jam 9.30 malam waktu Malaysia, data Core Durable Goods Orders m/m, Final GBP q/q, dan Unemployment Claims akan dikeluarkan. Dengan FOMC membawa nada Hawkish sebarang data mengecewakan daripada US akan memberikan peluang bagi belian dalam dagangan USDJPY.

 

Secara teknikal paras harga psikologi Resistant adalah pada 120.00 iaitu Fibonachi Retracement pada paras 78.6% bagi kejatuhan sejak pertengahan 2015. Menggunakan teknikal BBMA, harga penutupan minggu lalu masih berada di atas EMA50 di TF H4, D1, W1 dan MN yang menunjukkan kekuatan Uptrend yang dominan. Ini disokong jika disemak menggunakan teknikal Ichimoku Kinkyo Hyo di TF H4, D1, W1 dan MN yang mana harga penutupan pasaran minggu lalu sudah n masih berada di atas Senkou Span. Sebarang pembetulan pasaran berkemungkinan akan singgah di paras Support 115.60 dan 114.70.

 

Dengan kadar kecairan dalam pasaran pada bulan Disember yang kurang berbanding lain-lain bulan, adalah dinasihatkan para pedagang berhati-hati dalam meletakkan sesuatu posisi dalam dagangan. Kebiasaannya pada bulan Disember seperi tahun-tahun sudah, pergerakan pips semua mata wang boleh melangkaui purata kebiasaan pergerakan dalam sehari berbanding bulan-bulan biasa.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: