Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 23-27 Januari 2017

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 23-27 Januari 2017

Dengan pembentukan CS W1 sedikit Bullish, Greenback ditutup sedikit kukuh berbanding Yen. Jarak harga tertinggi dan terendah minggu lalu sedikit meleb

Dengan pembentukan CS W1 sedikit Bullish, Greenback ditutup sedikit kukuh berbanding Yen. Jarak harga tertinggi dan terendah minggu lalu sedikit melebihi 300pips. Data OHLC W1 minggu lalu diperoleh sebagai 114.323, 115.614, 112.562, 114.600.

 

Seperti hampir 2 bulan lalu, turun naik USDJPY telah banyak dipacu kekuatan Greenback. Tumpuan pasaran minggu lalu lebih tertumpu kepada ucapan sulung Donald Trump selepas mengangkat sumpah sebagai presiden US yang ke-45. Secara umumnya ucapan sulung Trump itu adalah biasa-biasa sahaja dan tidak memberikan gambaran apakah sebenarnya polisi yang akan dibawa Trump kelak.

 

Minggu hadapan daripada US, Cuma 3 data ekonomi berimpak tinggi akan dikeluarkan. Unemployment Claims, Advance GDP q/q, dan Core Durable Goods Orders m/m akan diterbitkan minggu hadapan. Sementara itu Bureau of Economic Analysis telah menilai semula data lalu Advance GDP q/q kepada 3.5% berbanding 2.9% data yang diterbitkan pada 28/10/2016.

 

Unemployment Claims  diunjurkan pada paras 247K berbanding data lalu 234K, iaitu ada pertambahan 13 ribu orang bilangan tenaga buruh tidak bekerja. Pasaran menjangkakan Core Durable Goods Orders m/m pula disasarkan pada 0.5%, dengan data sebelum ini pada 0.6%. Sebarang data yang lebih positif dari US seperti biasa akan membawa USDJPY lebih menokok ke harga lebih tinggi.

 

Melihat aspek teknikal CSP & SNR, terdapat pembentukan CSP Bullish Engulfing di D1. CS Rabu telah dapat ditutup niaga sepenuhnya di atas keseluruhan CS Selasa. Justeru itu ini menggambarkan belian dalam dagangan telah kembali mengatasi jualan pada hari Rabu. Paras Support jika USDJPY melakukan pembetulan pasaran bagi menguji harga terendah terletak di 114.200, 113.740, 113.120 dan 112.550. Jika USDJPY meneruskan perjalanan ke harga lebih tinggi, harga Resistant yang mungkin diuji adalah 114.855, 115.210, dan 115.470. 116.135 merupakan paras harga psikologi yang mesti dipecahkan USDJPY bagi meneruskan terus perjalanan ke utara.

 

Dengan Donald Trump yang sudah secara rasmi menjawat jawatan presiden US ke-54, dijangka pasaran mata wang akan lebih berada dalam ketidaktentuan kerana sifat Trump yang sukar dijangka. Sebelum menjawat jawatan presiden, Trump sering menggunakan aplikasi Tweeter bagi membuat komen-komen panas. Tweet-tweet Trump sering menggerakkan harga pasaran saham dan pasaran mata wang.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: