Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 24/04-28/04/2017

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 24/04-28/04/2017

USDJPY minggu lalu secara amnya ditutup sedikit lebih tinggi berbanding Dolar AS. OHLC W1 adalah 108.689, 109.481, 108.123. Jarak High dan Low minggu

USDJPY minggu lalu secara amnya ditutup sedikit lebih tinggi berbanding Dolar AS. OHLC W1 adalah 108.689, 109.481, 108.123. Jarak High dan Low minggu lepas agak terhad walaupun pasaran boleh dikatakan masih berada dalam mode Risk-Off. Jarak High  dan Low cumalah 130 pips sepanjang minggu lepas. Pergerakan USDJPY dipacu semata-mata sentimen selain ekonomi kerana ketiadaan data berkala ekonomi berimpak tinggi dan sederhana daripada Tokyo.

 

Fundamental Ringkas Minggu Hadapan (24/04-28/04)

Minggu depan agak menarik bagi peminat Yen kerana BOJ akan menerbitkan Monetary Policy Statement pada jam 11.50pagi Khamis waktu Malaysia. Selepas terbitnya penyata polisi kewangan itu, pada masa yang belum ditetapkan BOJ juga akan mengeluarkan BOJ Outlook Report, dan BOJ Policy Rate (Kadar Faedah). Dijangkakan, ianya akan diterbitkan sebelum BOJ Press Conference yang dijadualkan pada jam 2.30petang waktu Malaysia hari yang sama. Aksi BOJ ini amat ditunggu-tunggu oleh para pelabur kerana sehingga ini BOJ masih berdegil mahu mengekalkan polisi kadar faedah negatif.

 

Cuma terdapat 4 Data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS yang hanya bermula Selasa. Bermula dengan CB Consumer Confidence, diikuti dengan Core Durable Goods Orders m/m, Unemployment Claims, dan Advance GDP q/q. Sebarang sentimen USD yang positif dipercayai akan membuatkan USDJPY bergerak ke harga yang lebih tinggi. Apa yang menarik adalah Advance GDP q/q terbitan lalu telah disemak semula kepada 2.1% iaitu sedikit peningkatan daripada yang sebenar bagi terbitan lalu.

 

Risiko Pasaran

Ketegangan geopolitik di semenanjung Korea dan Syria masih belum reda sepenuhnya dan ini bermakna pasaran masih belum betul-betul keluar daripada mode Risk-Off. Pasaran masih menghadam keputusan pusingan pertama pilihan raya presiden Perancis, ini mungkin akan menyebabkan belian dalam dagangan bagi Dolar AS mungkin agak terhad buat sementara waktu dan selera pasaran lebih mengarah kepada Safe Heaven seperti Emas, Franc Switzerland, serta Yen Jepun. https://www.ctc.fm/pilihan-raya-presiden-perancis-apa-perlu-anda-tahu/.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan (24/04-28/04)

Harga kini semasa artikel ini ditulis, harga dagangan USDJPY sudah berada di kawasan 50% Fibonachhi Retarcement bagi kejatuhan USDJPY bermula 31/03/2017 hingga 17/04/2017. SBR terdekat adalah di 110.620, 111.135, 111.585 dan 112.070. Jika USDJPY meneruskan susutan, RBS yang mungkin diuji adalah di 109.790, 109.385, 108.955 dan 108.375. Indikator Stochactics di D1 masih menunjukkan momentum belian yang baik buat masa ini namun sudah menghampiri paras Overbought

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: