Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 26-30 Disember 2016

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 26-30 Disember 2016

Secara keseluruhan Yen ditutup kukuh sedikit berbanding Dolar Amerika minggu lalu dengan pembentukan CS Bearish W1 pertama sejak Donald Trump memenang

Secara keseluruhan Yen ditutup kukuh sedikit berbanding Dolar Amerika minggu lalu dengan pembentukan CS Bearish W1 pertama sejak Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika. Data OHLC minggu lalu 117.953, 118.234, 116.539, 117.274. Harga tertinggi dicatat pada hari Selasa dan dipercayai aktiviti ambilan untung membawa USDJPY ditutup lemah sejak hari Rabu.

 

Minggu lalu juga menyaksikan Bank of Japan, BOJ telah membentangkan polisi kewangan terkininya. BOJ tidak merubah apa-apa polisi dan masih mengguna pakai polisi sedia ada sejak perubahan lepas. Gabenor BOJ, Kuroda juga menyatakan bahawa kelemahan Yen ketika ini tidaklah terlalu mendadak. Bagi pengetahuan umum, Jepun merupakan negara yang bergantung harap kepada eksport dan memerlukan Yen yang lemah kerana nilai Yen yang terlalu tinggi membuatkan barangan Jepun lebih tidak menarik untuk dibeli. Ketika Kuroda berucap Yen melemah dan USDJPY mencatat harga tertinggi mingguan.

 

Dengan Federal Reserve Open Market Committee, FOMC  sudah menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat lalu, ditambah polisi BOJ yang masih dalam Quantitative Easing QE, secara makroekonomi kebarangkalian USDJPY untuk terus meningkat adalah lebih tinggi dalam jangka masa sederhana dan panjang. Sebarang penurunan USDJPY berkemungkinan sekadar pembetulan pasaran bagi menguji harga yang lebih rendah.

 

Masih tiada data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada negara matahari terbit minggu hadapan. Cuma pada hari Selasa Household Spending y/y dan Tokyo Core CPI y/y akan dikeluarkan oleh Biro Statistik Jepun jam 7.30 pagi waktu Malaysia. Ini merupakan data berimpak sederhana yang tidak banyak dapat menggerakkan turun naik USDJPY ditambah dengan pasaran  masih dalam mood bercuti Krismas.

 

Daripada US pula, Cuma 2 data berkala berimpak tinggi akan dikeluarkan. CB Consumer Confidence pada Selasa jam 11 malam, Unemployment Claims jam 9.30 malam hari Khamis. CB Consumer Confidence dijangkakan meningkat kepada 109.9 berbanding 107.1 data lalu. Tuntutan tidak bekerja atau Unemployment Claims diunjurkan meningkat sedikit kepada 277K berbanding 275K orang. Unjuran sebegini normal ketika menghampiri cuti Krismas. Bank US akan bercuti pada hari Isnin minggu hadapan bersempena Krismas.

 

Secara teknikal, trend di TF D1 masih lagi mengarah ke atas dengan harga penutupan minggu lepas masih berada di atas MA8 dan MA21. Paras Support pada 116.135, 114.85 dan 113.795. Harga Resistant 118.655 perlu dipecahkan bagi kenaikan ke harga psikologi 120 dan seterusnya 121.250. Indikator Bulls Power (13) menunjukkan momentum kenaikan USDJPY di D1 semakin lemah dan berkemungkinan USDJPY akan melakukan pembetulan pasaran ke bawah dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke harga yang lebih tinggi semula.

 

Gabungan makroekonomi dan harga teknikal lebih menjurus melihat USDJPY untuk naik lagi, namun kenaikan menguji paras psikologi 120 sehingga akhir tahun 2016 mungkin terhad. Ini disebabkan sentimen atau News yang agak kurang diterbitkan ketika dalam minggu-minggu akhir bulan Disember.

 

Dengan kadar kecairan dalam pasaran secara tradisi agak kurang pada bulan Disember, adalah dinasihati para pedagang berhati-hati dalam meletakkan sesuatu posisi dalam dagangan. Kecairan dalam pasaran yang agak kurang boleh menyebabkan pergerakan pips yang tidak dijangka turun naiknya secara mendadak.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: