Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 27/02-03/02/2017

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 27/02-03/02/2017

Yen ditutup kukuh berbanding Dolar AS minggu lalu dengan USDJPY mencatat harga 112.144 ketika pasaran ditutup Jumaat lepas. Pembentukan CS Bearish di

Yen ditutup kukuh berbanding Dolar AS minggu lalu dengan USDJPY mencatat harga 112.144 ketika pasaran ditutup Jumaat lepas. Pembentukan CS Bearish di W1 dengan OHLC 112.684, 113.771, 111.927 112.14. Ini merupakan minggu ke-2 berturut-turut Yen ditutup kukuh berbanding Greenback.

 

USDJPY memulakan pasaran Isnin dan Selasa dengan kenaikan mencatat harga tertinggi 113.771, namun terus menjunam bermula hari Rabu hingga Jumaat. Selera pasaran terhadap Yen meningkat bermula Rabu kerana pasaran masih menantikan Tax Reform yang dijanjikan Trump ditambah pula dengan hasil minit mesyuarat FOMC bernada sedikit Dovish pada pagi Khamis waktu Malaysia.

 

Minggu hadapan Cuma terdapat 1 data berkala makroekonomi berimpak sederhana daripada Jepun iaitu Household Spending y/y selain data-data berimpak rendah. Dijangka turun naik USDJPY secara makroekonomi agak terhad. Namun, dijangkakan kekuatan Yen akan terus dipacu oleh sentimen Yen sebagai salah 1 aset Safe Heaven.

 

Beralih ke AS, melihat dari segi terbitan data berkala makroekonomi berimpak tinggi, minggu hadapan setiap hari ada sahaja akan diterbitkan. Sususan data Core Durable Goods Orders m/m, Prelim GDP q/q, CB Consumer Confidence, ISM Manufacturing PMI, Unemployment Claims, ISM Manufacturing PMI bersusun bermula Isnin lagi. Ramai juga ahli-ahli FOMC juga akan berucap minggu hadapan termasuk Chair Yellen (Kaplan, Brainard, Evans, Powell, dan Fischer). Yellen akan memberikan pandangan berkenaan US Economic Outlook pada jam 2.00 pagi waktu Malaysia di Executive Club of Chicago. Sebarang data yang positif daripada AS dipercayai akan melegakan penurunan USDJPY.

 

Secara teknikal harga penutupan pasaran minggu lalu tersangat hampir dengan paras Suport 112.070. Jika USDJPY meneruskan momentum Bearish, harga Support adalah di 111.610, 111.210 dan 110.845. Indikator RSI14 di D1 berada dalam mood jualan dalam dagangan dengan harga Resistant terhanpir pula letaknya di 112.560, 113.120, 113.740 dan 114.220. Jika harga 114.220 ditembusi, USDJPY akan cenderung menguji 114.855 atau harga yang lebih tinggi.

 

 

“Niat yang baik, usaha yang ikhlas, mendatangkan hasil yang suci”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: