Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 29/05-02/06/2017

Dolar VS Yen: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 29/05-02/06/2017

Ulasan Minggu Lalu Yen boleh dikatakan Sideways berbanding Dolar AS minggu lalu dengan jarak ketat turun naik sepanjang minggu lepas. Ini sudah sem

Ulasan Minggu Lalu

Yen boleh dikatakan Sideways berbanding Dolar AS minggu lalu dengan jarak ketat turun naik sepanjang minggu lepas. Ini sudah sememangnya dijangkakan selepas USDJPY membuat penurunan terbanyak sejak 2016 pada 17/05/2017. OHLC di W1 dicatat sebagai 111.011, 112.121, 110.852, 111.305. Penantian minggu NFP mungkin menyebabkan para pelabur dalam mood tunggu dan lihat sepajang minggu lepas.

 

Fundamental Ringkas Minggu Hadapan

Tiada data berkala makroekonomi berimpak tinggi dan sederhana daripada Tokyo minggu hadapan. Walau bagaimanapun, Tokyo akan menerbitkan 11 data berimpak rendah bermula Selasa hingga Jumaat. Walau berimpak rendah, ada kemungkinan data-data ini dapat memberikan sedikit aksi jika data tang diterbitkan jauh mengatasi jangkaan pasaran.

 

Minggu hadapan merupakan minggu NFP daripada AS. Pada Jumaat jam 8.30 malam waktu Malaysia, data NFP bersama Data Purata Gaji per Jam dan Kadar Tidak Bekerja akan diterbitkan. Sentimen positif daripada data NDP ini sudah semestinya akan membuatkan Dolar mengukuh dan USDJPY boleh bergerak ke harga lebih tinggi. Selain Jumaat NFP, Selasa dan Khamis juga akan menyaksikan terbitan data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada AS iaitu CB Consumer Confidence, ADP Non-Farm Employment Change, dan ISM Manufacturing PMI. Kebiasaannya data ADP-NFP boleh memberikan bayangan awal data NFP hari Jumaat nanti. Bank di AS akan bercuti pada hari Isnin bersempena Memorial Day.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan politik daripada AS sejak beberapa minggu lalu yang dicetuskan Trump telah masih menghantui pasaran. Ketidaktentuan geopolitik daripada AS ini boleh merangsang pasaran untuk berada dalam mood Risk-Off dan permintaan Safe-Heaven  akan mendadak dalam jarak dekat. Pasaran juga masih dalam keadaan tunggu dan lihat sementara menantikan keputusan kenaikan kadar faedah daripada FOMC kelak.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan

Bagi kenaikkan USDJPY bermula daripada 09/11/2016 hingga 03/01/2017, harga penutupan pasaran minggu lepas adalah dalam kawasan 38.2% dan 50.0% Fibonachi Retracement. Harga penutupan pasaran minggu lepas juga sudah memasuki kembali Descending Channel seperti yang ditunjukkan dalam rajah. RBS terhampir adalah di 110.100, 108.955 dan 108.125. Sebarang kenaikan USDJPY mungkin akan singgah SBR di 112.190, 113.200, dam 114.365.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: