Dollar Australia, Awak Kat Mana?

Dollar Australia, Awak Kat Mana?

Hari ini RBA, melalui Gabenor yang baru Philip Lowe seperti yang dijangka dan telahpun saya ulas pada artikel sebelum ini telah mengekalkan kadar faed

Hari ini RBA, melalui Gabenor yang baru Philip Lowe seperti yang dijangka dan telahpun saya ulas pada artikel sebelum ini telah mengekalkan kadar faedah pada 1.5%. Pada anda yang ketinggalan untuk membaca ulasan saya tentang Aussie di tulisan sebelum ini tentang “Australasia : Aussie Atau Kiwi”

Lowe dalam kenyataannya yang tampak neutral, memperincikan keseimbangan dalam kelembapan ‘household consumption’ dan perkembangan pengambilan pekerja yang suram berbanding dengan kenaikan harga pasaran komoditi seperti bijih besi/arang dan kekuatan pasaran perumahan.

Bayangan FEDS untuk kenaikan kadar faedah pada bulan November, kegusaran dan tanda tanya tentang Brexit, krisis Deutsche Bank di Eropah, kelemahan polisi ekonomi Jepun antara beberapa faktor yang banyak mempengaruhi Aussie itu secara langsung. Dalam jangka masa panjang, kekurangan momentum daripada Aussie sendiri ini bakal mengheretnya jauh ke bawah.

Namun, pada ketika ini Pound pula dilihat terlalu lemah berbanding Aussie. Anda boleh baca sudut pandangan Cikgu Fahmi berkisar tentang Pound dalam artikelnya “Ulasan Pound Pembukaan Bulan Oktober”.

RBA dijangka tidak akan mengambil langkah untuk menaikkan atau menurunkan kadar faedah lagi pada tahun ini, maka pelabur hanya mampu menantikan sebarang perkembangan besar ke atas pasangan matawang berbanding Aussie yang lain untuk melihat satu pergerakan yang ‘major’ berlaku.

Rata-rata menjangkakan potongan kadar faedah seterusnya adalah pada suku kedua tahun 2017. Antara indikasi terpending yang dijangka bakal dilihat boleh merubah polisi RBA adalah perkembangan sektor perumahan.

‘Bias’ saya masih kepada ‘Bullish’ untuk Aussie dalam masa pendek-sederhana. Namun dalam pada masa yang sama, saya masih menilai sentimen semasa matawang yang lain sebagai rujukan silang di dalam sudut pandang yang berbeza. Kejutan pedagang spekulator terhadap Dollar dan Pound pasti memberi impak yang buruk pada Aussie.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: