Dollar Berundur, Amaran ‘Sugar High’ Ekonomi Bimbangkan Pasaran Kewangan

Dollar Berundur, Amaran ‘Sugar High’ Ekonomi Bimbangkan Pasaran Kewangan

Saham AS telah jatuh untuk empat hari sepanjang minggu lalu, dengan Nasdaq dan S&P 500 tutup 10% lebih rendah daripada paras tertinggi. Walaupu

Saham AS telah jatuh untuk empat hari sepanjang minggu lalu, dengan Nasdaq dan S&P 500 tutup 10% lebih rendah daripada paras tertinggi.

Walaupun sebahagian ahli ekonomi melihat ianya sebagai ‘correction’, namun saham S&P 500 telah jatuh lebih rendah berbanding sebelum pilihan raya presiden Trump pada tahun 2016 yang lalu.

Trump selepas mengambil alih pentadbiran telah memberi harapan dan dorongan kepada ekonomi melalui pemotongan cukai, memasuhkan regulasi dan tindakan lain yang mesra keuntungan.

Dalam tempoh dua tahun, kebanyakkan harapan tersebut berjaya menjadi kenyataan, namun impak ke atas ekonomi dan keuntungan dilihat hanya bersifat sementara.

Sebelum ini penganalisis melihat tidak akan berlaku ‘sugar high’ ke atas galakan fiskal daripada pemotongan cukai Trump.

Namun pertumbuhan dengan jelas sedang bergerak lebih perlahan dan pasaran bimbang bahawa ‘sugar high’ tersebut telah pun berakhir.

Ekonomi AS berkembang 3.5% dalam unjuran tahun ke tahun (YoY) pada suku tahun ketiga, lebih kukuh daripada ramalan yang hanya melihat peningkatan 3.3%.

Akan tetapi kadar pertumbuhan tersebut tetap lebih rendah berbanding bacaan 4.2% pada suku tahun sebelumnya (Q2).

Selain itu, pelaburan perniagaan juga semakin lemah dan kadar faedah yang tinggi telah memberi tekanan besar ke atas sektor perumahan.

Hal ini menjadi punca saham-saham AS sedang menuju prestasi terburuk sejak tahun 2008 pada bulan Oktober.

Kesemua faktor di atas turut menyebabkan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain berundur daripada paras tertinggi 2 bulan yang lalu, turun 0.37% dan tutup sekitar 96.32 mata.

Kini para pelabur akan memberi tumpuan yang lebih kepada data-data ekonomi AS bermula dengan laporan pekerjaan AS bagi bulan Oktober pada hari Jumaat nanti yang mana dijangka akan melonjak selepas penurunan akibat daripada taufan Florance.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: