Dollar Berundur Dengan Kemaraan Euro & Pound

Dollar Berundur Dengan Kemaraan Euro & Pound

Dollar jatuh berbanding matawang utama yang lain pada hari Isnin yang lalu, didorong oleh penurunan kecil pesanan perkilangan AS dan peningkatan perm

Dollar jatuh berbanding matawang utama yang lain pada hari Isnin yang lalu, didorong oleh penurunan kecil pesanan perkilangan AS dan peningkatan permintaan euro dan pound.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut -0.34% kepada 97.06 mata.

Menurut Jabatan Perdagangan AS, kadar pesanan perkilangan jatuh 0.5% akibat permintaan yang lemah terhadap mesin, peralatan pengangkutan, komputer dan barangan elektronik.

Selain itu, euro bangkit dengan data imbangan perdagangan bulan Februari Jerman yang lebih baik daripada jangkaan, mencatat lebihan sebanyak 18.7 billion Euro.

EUR/USD naik 0.34% kepada 1.1257, memulakan dagangan dengan momentum yang positif menjelang keputusan dasar ECB minggu ini yang mana dijangka akan kembali diserang dengan komen dovish Mario Draghi.

GBP/USD pula naik 0.18% kepada 1.3061 berikutan PM May masih meneruskan rundingan beliau dengan ketua pembangkang Jeremy Corbyn bagi menyelesaikan kebuntuan terhadap isu Brexit.

May dijadulakan bertemu Canselor Jerman Angela Merkel dan Presiden Perancis Emmanuel Macron pada hari ini bagi mendapatkan lanjutan baru pada tarikh Brexit yang bakal tamat pada 12 April.

PM May juga dilaporkan akan bertemu dengan ketua-ketua negara yang lain sebelum membawa permohonan penangguhan ini secara rasmi dalam persidangan EU di Brussels yang akan berlangsung pada hari Rabu.

Tanpa sebarang penangguhan, UK berisiko untuk keluar daripada EU tanpa sebarang perjanjian dan lanjutan ini tetap bergantung sama ada UK akan meluluskan usul syarat perjanjian Brexit sebelum hari Jumaat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: