Dollar Dijangka Mengukuh Dengan ‘Hawkish Cut’ Fed Malam Ini

Dollar Dijangka Mengukuh Dengan ‘Hawkish Cut’ Fed Malam Ini

Siri 'rate cut' Fed pada jam 2 pagi (Khamis) akan mencatat penurunan kadar faedah tiga kali berturut-turut, tempoh pemotongan terpanjang seperti yang

Siri ‘rate cut’ Fed pada jam 2 pagi (Khamis) akan mencatat penurunan kadar faedah tiga kali berturut-turut, tempoh pemotongan terpanjang seperti yang berlaku pada tahun 2008 yang lalu.

Namun, pada mesyuarat yang lepas, dua ahli FOMC menolak keputusan untuk menurunkan kadar faedah pada bulan September sementara lima yang lain meluluskannya tetapi tidak menetapkan bahawa ‘rate cut’ akan terus dilanjutkan.

Ekonomi AS melemah sejak pertemuan yang lalu dengan jualan runcit menurun, pertumbuhan pendapatan bergerak perlahan, tekanan harga melemah dan aktiviti perkhidmatan mendatar.

Walau bagaimanapun, data pekerjaan masih kukuh dengan kadar pengangguran jatuh ke paras terendah 50-tahun yang lalu, pasaran perumahan berkembang dan saham mencatat rekod tertinggi yang baru.

Oleh itu, walaupun bank pusat masih boleh mempertimbangkan untuk terus menurunkan kadar faedah, namun mereka tidak akan sebulat suara dengan cadangan tersebut dan Pengerusi Fed Powell juga akan berpotensi menolaknnya.

Pandangan diatas telah mendorong pasangan matawang USD/JPY untuk kekal menghampiri paras tertinggi 2 bulan yang lalu, yang mana keluar daripada kebiasaan kerana prospek dasar Fed yang lebih longgar sepatutnya memberi impak yang negatif kepada dollar.

Prestasi positif dollar sehingga hari Rabu pula mengesahkan bahawa para pelabur yakin keputusan Fed menurunkan kadar faedah pada malam ini akan menjadi yang terakhir dan penamat kepada kitaran pelonggaran.

Jika jangkaan ini benar, senario pertama adalah dollar berpotensi meneruskan peningkatan selepas keputusan diumumkan serta mampu menolak USD/JPY ke paras 109.50.

Hal ini selari dengan pengukuhan matawang selepas dasar dilonggarkan sebagaimana yang berlaku pada mesyuarat FOMC dan ECB pada bulan September kerana ‘forward guidance’ yang dikeluarkan.

Namun begitu, pasaran dijangka berhadapan dengan profit taking USD/JPY terlebih dahulu menjelang keputusan Fed kerana bacaan awal GDP Q3 yang akan dikeluarkan pada malam ini dijangka bergerak lebih perlahan kerana penurunan jualan runcit dan defisit perdagangan yang semakin mengembang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: