Dollar Kanada Diasak Hebat “Greenback”

Dollar Kanada Diasak Hebat “Greenback”

Assalamualaikum, Untuk kesekian kalinya, pair USD/CAD ini cuba untuk menembusi paras 1.34000 secara solid namun setiap kali ia mencuba, pastinya ak

Assalamualaikum,

Untuk kesekian kalinya, pair USD/CAD ini cuba untuk menembusi paras 1.34000 secara solid namun setiap kali ia mencuba, pastinya akan gagal. Ini mungkin pelabur menantikan laporan data terakhir untuk USD pada bulan ini iaitu GDP dan Consumer Sentiment Index yang dijadualkan pada 8.30 dan 10.00 malam nanti,

Jangkaan data USD untuk terbitan malam ini adalah positif, dengan peningkatan dalam GDP atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1.1% kepada 2.5% menjadi tumpuan semua. Jika benar, maka ia sepatutnya menjadi pemacu kepada bullish dollar pada malam nanti.

Loonie juga bersifat agak ‘defensive’ kerana keadaan pasaran minyak yang tidak menentu ketika ini. OPEC mungkin mempunyai perkembangan terbaru pada hujung minggu ini apabila mereka akan berjumpa untuk membincangkan tentang kuota pegeluaran minyak bagi negara-negara yang menyertai persetujuan pemotongan pengeluaran.

Brazil dan Kazakhstan juga diberitakan akan turut serta dalam pakatan tersebut disamping Arab Saudi mengetuai negara-negara teluk yang lain. Namun Iraq masih dengan pendirian mereka untuk dikecualikan daripada pemotongan pengeluaran kerana konflik militan IS di sana.

Saya masih ‘bias’ ke arah short untuk ‘pair’ ini, mungkin sebab utama adalah pandangan saya yang terlalu optimis kepada harga minyak. Beberapa penganalisa termasuk seorang penganalisa di Scotia Bank melihat paras 50% retracement di fibo pada carta bulanan adalah point di mana penjualan semula akan berlaku. Wallahualam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: