Dollar Kekal Negatif Sepanjang Minggu Lalu, Gambaran Sebenar Daripada ISM Menghalang Pemulihan Di Saat Akhir

Dollar Kekal Negatif Sepanjang Minggu Lalu, Gambaran Sebenar Daripada ISM Menghalang Pemulihan Di Saat Akhir

Minggu lepas menjadi minggu yang mencabar kepada greenback apabila jatuh terus menerus pada setiap hari dengan bacaan indeks yang mengukur kekuatan d

Minggu lepas menjadi minggu yang mencabar kepada greenback apabila jatuh terus menerus pada setiap hari dengan bacaan indeks yang mengukur kekuatan dollar berbanding enam matawang lain susut hampir 100 mata asas daripada 98.00 kepada 97.12.

Pada hari Jumaat, dollar tutup menghampiri paras terendah dua bulan yang lalu selepas data-data memicu pandangan yang berbeza kepada ekonomi selain optimis terhadap kemajuan isu rundingan perdagangan AS-China yang telah mengurangkan permintaan safe haven seperti dollar.

Dollar memulih dengan dorongan data-data pekerjaan AS yang memberansangkan, namun berubah serta merta apabila terpaksa berhadapan realiti sebenar yang ditunjukkan oleh sektor pembuatan.

Matawang dollar bahkan semakin menyusut apabila bacaan indeks PMI hasil tinjauan ISM mengesahkan pengucupan pada sektor pembuatan AS tiga bulan berturut-turut.

Pada minggu ini, perhatian pelabur akan tertumpu kepada ucapan-ucapan ahli FOMC berikutan selepas mengumumkan rate cut ketiga pada minggu lalu, Fed telah memberi isyarat untuk keluar daripada kitaran pelonggaran dasar.

Di Zon Eropah, presiden ECB yang baru Christine Lagarde dijadualkan berucap pada hari Isnin. Ucapan beliau akan diteliti dalam keadaan jurang perbezaan pandangan antara ahli ECB untuk menangani isu kelembapan pertumbuhan negara semakin melebar.

Bank Pusat England (BoE) pula akan mengumumkan keputusan kadar faedah mereka yang terkini pada hari Khamis dengan jangkaan dasar akan terus dikekalkan sehingga ketidaktentuan Brexit dapat ditamatkan.

Perkembangan isu perdagangan AS-China pula kekal menjadi pemandu utama yang berupaya mengubah sentimen pasaran dari semasa ke semasa sehingga memberi kesan kepada permintaan aset-aset berisiko atau permintaan aset-aset safe haven.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: