Dollar Kekal Rendah Berbanding Loonie (CAD) Dipandu Oleh Dovish Fed & Pemulihan Pasaran Minyak

Dollar Kekal Rendah Berbanding Loonie (CAD) Dipandu Oleh Dovish Fed & Pemulihan Pasaran Minyak

Matawang loonie memperlihatkan prestasi yang baik pada pembukaan pasaran bagi tahun 2019, menolak jatuh USD/CAD lebih 200 pips dalam tempoh kurang dar

Matawang loonie memperlihatkan prestasi yang baik pada pembukaan pasaran bagi tahun 2019, menolak jatuh USD/CAD lebih 200 pips dalam tempoh kurang daripada 48 jam.

Sehingga jam 5.35 petang hari Isnin, dollar terus didagang rendah berbanding loonie, susut 0.10% ke paras 1.3360.

Pengukuhan mengejut CAD di awal musim panas telah mengenepikan jangkaan penganalisis yang melihat loonie akan terus ditekan pada awal tahun 2019 sebelum memasuki akhir musim bunga.

USD/CAD kini dilihat telah membentuk puncak di paras 1.3660 dan dengan momentum bearsih yang masih kuat berpotensi menolak harga untuk terus jatuh ke bawah paras 1.33.

Pengukuhan loonie turut didorong oleh pengukuhan sektor pekerjaan Kanada selepas mencatat rekod penambahan pekerjaan yang terbesar sejak tahun 2010 pada bulan November lalu dan masih menerbitkan angka yang lebih baik pada bulan lepas.

Walaupun perbezaan jumlah pekerja yang ditambah ke dalam ekonomi begitu ketara, namun angka tersebut telahpun dijangkakan oleh kebanyakkan pelabur.

Tambahan pula, kadar pengangguran yang terus mendatar dan pendapatan yang stabil menjadikan sektor pekerjaan Kanada menutup tirai 2018 dalam keadaan yang positif.

Selain itu, data pekerjaan Kanada juga berjaya mengalihkan perhatian pelabur daripada pengukuhan sektor pekerjaan AS yang masih diselubungi keraguan terhadap pendekatan dovish yang akan diambil oleh bank pusat Fed sepanjang tahun ini.

Antara faktor lain yang membantu menaikkan permintaan loonie adalah pemulihan pasaran minyak yang kini telah memasuki hari kelima. Pasaran hadapan minyak Brent yang menjadi ukuaran minyak antarabangsa sejak 31 Disember yang lalu telah naik sebanyak 11% atau lebih $5 kepada $58.22 per tong.

Tahun 2019 dilihat berpotensi menjadi tahun yang baik kepada Kanada dan pasaran meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat perubahan outlook polisi BoC pada mesyuarat dasar kewangan yang akan dijalankan pada minggu hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: