Peningkatan indeks USD untuk keluar daripada paras terendah sekitar zon 94.35/40 bergerak lebih cepat selepas Sentimen Pengguna AS pada bulan ini menu
Peningkatan indeks USD untuk keluar daripada paras terendah sekitar zon 94.35/40 bergerak lebih cepat selepas Sentimen Pengguna AS pada bulan ini menunjukkan perkembangan yang lebih positif dengan bacaan indeks naik sebanyak 100.8 mata.
Dollar pada mulanya terus ditinggalkan berikutan pelabur pesimis dengan kelemahan data CPI yang lalu, kemudian dikejutkan lagi dengan penurunan kadar jualan runcit bulan Ogos yang diterbitkan pada jam 8.30 malam.
Namun begitu, pemulihan hasil bon 10-tahun AS ke paras tertinggi yang baru, kembali melepasi paras kritikal 3% telah menghadkan kejatuhan dollar dan berjaya menolak keluar indeks USD daripada paras terendah.
Pemulihan dollar walau bagaimanapun tetap dilihat tidak mampu membawa semula indeks naik ke zon positif sepanjang minggu ini.
Perkara ini didorong oleh keinginan pelabur sepanjang minggu ini yang lebih tertumpu kepada aset-aset berisiko berikutan kelemahan data di AS serta tiadanya perkembangan baru mengenai konflik perdagangan antara AS dan China.
Setakat jam 11.30 malam, indeks USD telah naik 0.25% ke paras 94.77, namun mengekalkan penurunan sebanyak 0.58% sepanjang minggu ini.
Kejatuhan dollar sepanjang minggu ini turut ditekan oleh pemulihan matawang negara-negara membangun seperti rand Afrika Selatan dan peso Mexico yang mana didorong oleh keyakinan terhadap lira selepas bank pusat Turki menaikkan kadar faedah mereka kepada 24 peratus.
COMMENTS