Dollar cecah di paras yang rendah didalam 18-bulan berbanding yen pada hari ini (Selasa), yen mengukuh di dalam waktu perdagangan yang tidak mempunyai
Dollar cecah di paras yang rendah didalam 18-bulan berbanding yen pada hari ini (Selasa), yen mengukuh di dalam waktu perdagangan yang tidak mempunyai tindak balas, manakala dollar Australia kukuh menjelang keputusan kadar faedah bank utama Australia.
USDJPY berada di sekitar 106.11, lemah kira-kira 0.2%, setelah turun ke tahap rendah 106.02, paras terendah sejak Oktober 2014.
Lemahnya matawang yen berlaku ketika pasaran kewangan Jepun tutup bermula dari hari Selasa sehingga hari Khamis, dan meneruskan pergerakan kira-kira 5% kepada dollar minggu lalu selepas Bank of Japan mengumumkan tidak akan menambah rangsangan moneterinya.
AUDUSD diniagakan di paras 0.7702, mengukuh kira-kira 0.47%, dan disokong oleh data kelulusan pembangunan pada menjelang keluaran keputusan kadar faedah oleh Reserve Bank of Australia pada pukul 12:30 nanti.
Majoriti ahli ekonomi menganggarkan tidak akan ada perubahan pada kadar faedah, bagaimanapun sebahagian menganggarkan akan berlakunya peningkatan data inflasi yang buruk.
COMMENTS