Dollar AS jatuh berbanding matawang utama yang lain, ditekan oleh kebangkitan EUR selepas Canselor Jerman, Angela Merkel berjaya mencapai kata sepakat
Dollar AS jatuh berbanding matawang utama yang lain, ditekan oleh kebangkitan EUR selepas Canselor Jerman, Angela Merkel berjaya mencapai kata sepakat dalam isu berkaitan imigresen, sekali gus mengelakkan perpecahan gabungan kerajaan sedia ada.
Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback jatuh 0.14% kepada 94.20 setakat jam 9.30 pagi.
Merkel pada hari Isnin lalu menyelesaikan isu pedatang asing bersama-sama parti gabungan daripada CSU.
Menteri Dalam Negeri, Horst Seehofer bersetuju untuk mengetatkan kawalan sempadan dan menubuhkan beberapa pusat yang lebih dekat bagi mempercepatkan proses menerima dan menolak pemohonan suaka.
Laporan tersebut telah menukar sentimen pasaran yang kini memihak kepada EUR berbanding greenback dengan EUR/USD naik dan stabil di paras tertinggi mingguan sekitar 1.1669.
Pesanan Barang Kilang AS yang melebihi jangkaan turut gagal membantu memulihkan greenback berikutan pelabur dilihat telah mengambil sebahagian keuntungan mereka sebelum pasaran AS ditutup sepenuhnya pada hari ini sempena sambutan kemerdekaan.
Dalam keadaan jumlah dagangan yang kecil, peningkatan permintaan safe haven yen dan swiss franc turut menekan USD menjelang tariff AS & China yang akan mula dilaksanakan pada hari Jumaat.
USD/JPY kini didagang pada harga 110.35, susut -0.20% manakala USD/CHF jatuh 0.17% kepada 0.9919
COMMENTS