Dollar Menanti Pengesahan Data NFP Untuk Terus Menjunam

Dollar Menanti Pengesahan Data NFP Untuk Terus Menjunam

Aktiviti pembuatan di AS telah mundur pada kadar terpantas sejak 10 tahun yang lalu sehingga syarikat-syarikat semakin merasai impak daripada kelemba

Aktiviti pembuatan di AS telah mundur pada kadar terpantas sejak 10 tahun yang lalu sehingga syarikat-syarikat semakin merasai impak daripada kelembapan ekonomi global dan perang perdagangan.

Perkara yang sama turut dirasai oleh bank-bank pusat seluruh dunia apabila sebahagian besar daripada mereka telah melonggarkan dasar kewangan.

Harapan untuk melihat akan berlakunya pemulihan pertumbuhan ekonomi AS pada suku terakhir 2019 hilang sepenuhnya apabila kesan kelembapan sektor pembuatan turut menghimpit sektor perkhidmatan.

Hasil tinjauan ISM menunjukkan bacaan indeks PMI Perkhidmatan AS bagi bulan September susut ke paras terendah tahun 2016 yang lalu, sekali gus menambah tekanan ke atas penjualan dollar, hasil bon dan pasaran saham.

Kejatuhan dollar daripada 99.67 mata sejak 1 Oktober yang lalu walaubagaimanapun terhad pada paras 98.83 berikutan para pelabur kini sedang bersiap sedia berhadapan dengan kelemahan laporan pekerjaan AS yang akan diterbitkan malam ini.

Walaupun sebahagian ahli ekonomi menjangkakan peningkatan kecil pada pertumbuhan pekerjaan, namun para pelabur terutamanya para penjual dollar menjangkakan laporan yang lebih buruk.

Antara hujah yang menyokong jangkaan tersebut adalah komponen indeks pekerjaan sektor pembuatan dan perkhidmatan ISM yang jatuh merudum.

Selain itu, pertumbuhan pekerjaan sektor swasta menerusi data ADP juga susut lebih rendah daripada ramalan dan keyakinan pengguna turut jatuh pada kadar terpantas sejak 9 bulan yang lalu.

Pengesahan daripada data NFP bukan sahaja akan memicu sell-off yang lebih agresif dollar, malah akan membantu membentuk pandangan Fed menjelang mesyuarat dasar 30 Oktober hadapan.

Berdasarkan tinjauan CME Group, jangkaan pasaran terhadap rate cut Fed pada ini telah mencapai 87% dan 95% pada bulan Disember.

Jangkaan diatas dilihat lebih agresif daripada apa yang diperoleh menerusi dot-plot bank pusat, dimana sebahagian besar ahli FOMC tidak menjangkakan pelonggaran tambahan pada dasar sepanjang suku terakhir tahun 2019.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: