Dollar Meroket Dengan Keputusan Fed Yang Kurang Dovish

Dollar Meroket Dengan Keputusan Fed Yang Kurang Dovish

Fed akhirnya mengumumkan pemotongan 0.25% kadar faedah buat kali pertama sejak krisis kewangan 2008 yang lalu. Kebiasannya 'rate cut' memberi impl

Fed akhirnya mengumumkan pemotongan 0.25% kadar faedah buat kali pertama sejak krisis kewangan 2008 yang lalu.

Kebiasannya ‘rate cut’ memberi implikasi yang negatif kepada matawang, namun dollar menunjukkan reaksi yang berbeza selepas keputusan yang diumumkan awal pagi tadi tidak seperti yang dijangkakan oleh pasaran.

Sehingga jam 1.15 petang, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain telah melonjak ke paras 98.83 mata.

Jangkaan pasaran untuk melihat pendekatan yang lebih dovish dikecewakan apabila dua ahli FOMC (George dan Rosengren) mengambil sikap yang berbeza untuk tidak bersetuju dengan pemotongan yang dilakukan.

Hal ini menyukarkan pasaran untuk melihat lebih jelas apakah laluan sebenar polisi yang bakal ditempuh oleh Fed di masa hadapan.

Pengerusi Fed Jerome Powell menerusi sidang media pula menjelaskan bahawa bank pusat belum berada di dalam kitaran rate cut yang panjang, dan penurunan kali ini hanya bertujuan menyelamatkan ekonomi daripada tekanan risiko global.

Kenyataan tersebut mengisyaratkan bahawa pendekatan dasar dimasa hadapan sangat bergantung kepada perkembangan data-data global.

Secara keseluruhan, sektor pembuatan AS mula menunjukkan kelemahan akibat kelembapan global, namun sektor perkhidmatan yang mewakili sebahagian besar pertumbuhan ekonomi masih bertahan.

Laporan pekerjaan ADP bulan Julai yang kukuh juga menunjukkan pasaran pekerjaan bakal memulakan suku tahun ketiga dengan momentum yang positif.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: