Dollar Merosot, Parti Demokrat Rampas Majoriti Dewan Rakyat

Dollar Merosot, Parti Demokrat Rampas Majoriti Dewan Rakyat

Berdasarkan keputusan terkini pilihan raya pertengahan penggal AS pada hari ini, parti Demokratik berjaya merampas majoriti di dalam Dewan Rakyat, mem

Berdasarkan keputusan terkini pilihan raya pertengahan penggal AS pada hari ini, parti Demokratik berjaya merampas majoriti di dalam Dewan Rakyat, memenangi 219 kerusi daripada 435 kerusi yang dipertandingkan.

Manakala parti Republik pula mengekalkan penguasaan mereka di Senat, meraih 51 daripada 100 kerusi yang dipertandingkan sehingga jam 7.50 malam.

Keputusan ini selari dengan tinjauan penganalisis dan dilihat sebagai sebuah referendum ke atas Presiden AS Donald Trump yang telah mentadbir Amerika sejak dua tahun yang lalu.

Walaupun gagal mempertahankan dewan rakyat, Trump menerusi akaun twitternya tetap berbangga dengan “kejayaan besar” dalam pilihan raya kali ini.

Dollar dan hasil bon AS jatuh dengan keputusan ini berikutan wujudnya perpecahan di dalam kongres akan menyukarkan laluan dasar fiskal baru yang dapat membantu meransang ekonomi untuk diluluskan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama dunia yang lain jatuh -0.63% kepada 95.71 mata, sementara hasil bon 10-tahun SA jatuh ke paras 3.18%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: