Dollar Pulih Dengan Sokongan NFP, Apakah Ini Peluang Membeli USD?

Dollar Pulih Dengan Sokongan NFP, Apakah Ini Peluang Membeli USD?

Dollar mengukuh berbanding kesemua matawang utama yang lain pada hari Jumaat lalu, disokong oleh data pekerjaan AS yang lebih baik. NFP melaporkan

Dollar mengukuh berbanding kesemua matawang utama yang lain pada hari Jumaat lalu, disokong oleh data pekerjaan AS yang lebih baik.

NFP melaporkan penambahan sebanyak 304,000 pekerjaan ke dalam ekonomi, melebihi jangkaan yang hanya melihat peningkatan sekitar 165,000.

Walaupun kadar pengangguran meningkat ke paras 4.0%, namun angka ini berkembang akibat peningkatan jumlah mereka yang mencari pekerjaan.

Lonjakan ini selari dengan peningkatan 222,000 yang diterbitkan pada bulan Disember, mengisyaratkan bahawa penutupan sebahagian kerajaan AS hanya memberi impak yang kecil ke atas sektor pekerjaan.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan pendapatan bergerak semakin perlahan dan berkemungkinan akan berlakunya penurunan pada data yang dikaji semula di bulan hadapan.

Selain itu, perkara yang paling penting adalah perubahan nada dan pendirian melalui kenyataan dasar kewangan Fed dan perkara ini cukup untuk mengekalkan tekanan penjualan ke atas dollar.

Menerusi kenyataan sidang media yang dikeluarkan oleh Powell, Fed dikatakan lebih fleksibel dalam menentukan keputusan dasar mereka di masa hadapan.

Kebimbangan ahli FOMC tumbuh daripada isu-isu seperti Brexit, belanjawan kerajaan AS dan isu perdagangan AS-China yang dijangka akan diselesaikan beberapa bulan lagi.

Sekiranya perkembangan yang negatif berlaku kepada salah satu isu di atas akan membawa ketidaktentuan di dalam pasaran.

Oleh itu, peningkatan dollar pada hari Jumaat yang lalu hanya dilihat sebagai correction untuk USD turun ke paras yang lebih rendah.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain sepanjang minggu lalu masih kekal di kawasan terendah, tutup pada paras 95.62 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: