Dollar Stabil Menjelang Laporan Beige Book Fed

Dollar Stabil Menjelang Laporan Beige Book Fed

Dollar AS didagang tinggi berbanding matawang utama lain pada hari Selasa lalu didorong oleh data ekonomi AS yang positif dan lonjakan hasil bon 10-ta

Dollar AS didagang tinggi berbanding matawang utama lain pada hari Selasa lalu didorong oleh data ekonomi AS yang positif dan lonjakan hasil bon 10-tahun AS.

Permintaan dollar turut meningkat disebabkan tiada sebarang ‘headline’ dilaporkan mengenai dakwaan Trump melalui Twitter terhadap Rusian dan China berkenaan isu manipulasi matawang negara masing-masing.

Sektor perumahan AS dan pengeluaran industri secara keseluruhannya menunjukkan perkembangan yang baik, dan tumpuan pelabur kini beralih kepada laporan Beige Book Federal Reserve yang akan dikeluarkan pada jam 2.00 pagi (Khamis) dan ulasan-ulasan ahli FOMC.

Peningkatan USD walau bagaimanapun terhad berikutan pelabur masih bimbang dengan risiko tekanan geopolitik yang masih berbaki.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback kini masih stabil berada di paras 89.22 setakat jam 12.30 tengah hari selepas naik 0.09% pada sesi dagangan lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: