Dollar Stabil Menjelang Laporan ‘Dovish’ Minit Mesyuarat FOMC

Dollar Stabil Menjelang Laporan ‘Dovish’ Minit Mesyuarat FOMC

Dollar bergerak hampir mendatar berikutan para pelabur dalam keadaan berhati-hati menjelang laporan minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada j

Dollar bergerak hampir mendatar berikutan para pelabur dalam keadaan berhati-hati menjelang laporan minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada jam 3 pagi (Khamis).

Kejayaan AS mengelak daripada berlakunya penutupan kerajaan dilihat belum cukup untuk memberi impak yang signifikan kepada dollar.

Sehingga jam 8.30 malam, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.06% kepada 96.58 mata.

Ekonomi semakin perlahan dan dua data rujukan utama Fed (Jualan runcit dan CPI) berundur pada minggu lalu.

Butiran bagi mesyuarat dasar 30 Januari yang lalu dijangka akan mengesahkan pendirian dovish bank pusat dan mengukuhkan lagi janji mereka untuk lebih ‘bersabar’ dengan pendekatan rate hike di masa hadapan.

Oleh itu, perkara utama yang menjadi perhatian pasaran pada minit kali ini adalah pelan yang akan diumumkan oleh bank pusat untuk mengecilkan lagi penyata imbangan mereka.

Pengetatan kuantitatif yang dikenali oleh Pengerusi Fed Jerome Powell sebagai ‘balance sheet runoff’ kini dilihat tidak lagi terpandu secara automatik.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: