Dollar Terselamat Daripada Dovish Hike, Powell Ketepikan Kritikan Trump

Dollar Terselamat Daripada Dovish Hike, Powell Ketepikan Kritikan Trump

Seperti yang dijangkakan, Federal Reserve menaikkan kadar faedah ke dalam julat 2.25-2.50%. Mereka juga kekal optimis dengan ekonomi. Bank pusat te

Seperti yang dijangkakan, Federal Reserve menaikkan kadar faedah ke dalam julat 2.25-2.50%. Mereka juga kekal optimis dengan ekonomi.

Bank pusat telah menurunkan dotplot mereka daripada tiga kepada dua kali peningkatan kadar faedah pada tahun 2019, namun lebih separuh daripada apa yang dijangkakan pasaran bon.

Keputusan ini menyelamatkan dollar daripada kesan dovish hike berikutan para pelabur telah menjangkakan Fed akan memperlahankan sedikit kitaran pengetatan mereka pada tahun hadapan.

Tambahan pula, ahli FOMC kekal hawkish apabila mengatakan bahawa peningkatan kadar faeadah secara beransur-ansur masih diperlukan dalam keadaan risiko belum seimbang sepenuhnya

Dollar memberi reaksi positif sejurus keputusan tersebut dikeluarkan dan saham juga berjaya mengurangkan kerugian mereka.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kini stabil di paras 97.00 mata.

Walau bagaimanapun, pengerusi Fed Jerome Powell tetap menyatakan bahawa beberapa data masih memerlukan penilitian dalam keadaan pertumbuhan global semakin perlahan dan ketidaktentuan semakin meningkat.

Secara keseluruhan, outlook kekal positif dan kadar faedah perlu dinaikkan walaupun perlu bersabar untuk tempoh yang lebih lama.

Apabila ditanya tentang politik, Powell mengatakan mereka akan bekerja mengikut mandat yang telah diberikan oleh Kongres, sekali gus mengenepikan kritikan Presiden Trump yang menggesa untuk rate hike dihentikan.

Powell juga tidak menganggap volatiliti yang tinggi pada pasaran kewangan sebagai salah satu faktor ketidaktentuan akan tetapi fokus tertumpu kepada pasaran pekerjaan dan inflasi.

Oleh itu, ahli FOMC dan Powell dijangka akan terus menaikkan kadar faedah sekiranya pekerjaan dan harga masih dalam keadaan yang baik.

Sebelum Fed mengeluarkan satu kenyataan yang berbeza sehingga mengubah haluan dasar mereka di masa hadapan, potensi untuk USD untuk terus meningkat masih terbuka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: