Donald Trump Menang. Apa seterusnya? Ekonomi? US Dolar?

Donald Trump Menang. Apa seterusnya? Ekonomi? US Dolar?

Umum sudah mengetahui yang Donald Trump telah memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat menewaskan Hillary Clinton. Pasaran mata wang juga suda

Umum sudah mengetahui yang Donald Trump telah memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat menewaskan Hillary Clinton. Pasaran mata wang juga sudah kelihatan kembali stabil daripada kegilaan ala-ala Brexit. Banyak broker telah menurunkan leverage bagi melindungi broker sendiri dan pedagang mata wang daripada kerugian melampau

 

EURUSD melonjak ke harga tertinggi 9 minggu sebelum susut semula lebih rendah daripada harga pembukaan. Kini ketika artikel ini ditulis, diniagakan pada harga kira-kira 1.10180. Dolar berbanding Yen Jepun pula dibuka untuk diniagakan pada paras 105.143 lalu terjun kepada harga minima sebulan pada paras 101.184 dan mengukuh semula. Ketika ulasan ini ditulis, USDJPY diniagakan pada paras 103.730.

 

Donald Trump telah menewaskan calon popular bagi Hillary Clinton dengan karismanya tersendiri. Pasaran melihat Trump sebagai seorang yang mempunyai semangat nasionalisme yang kuat. Membawa kempen dengan slogan “Make America Great Again”. Dalam kempen-kempennya, Trump dilihat ingin membawa polisi ekonomi yang lebih mementingkan Amerika daripada negara-negara lain dengan cadangan ingin mengkaji semula perjanjian ekonomi dengan banyak negara.

 

Berikut merupakan beberapa kemungkinan yang akan berlaku dengan terpilihnya Trump sebagai presiden yang seterusnya:

  • Ekonomi

Dalam jangka masa pendek, ekonomi US akan terus berkembang secara sederhana. Namun apabila Trump melaksanakan polisi imigresen yang lebih ketat, berkemungkinan pertumbuhan ekonomi akan menjadi sedikit perlahan. Trump dalam kempennya selalu menyatakan ingin mengarahkan syarikat-syarikat US melabur di dalam negara berbanding melabur di negara luar seperti China. Trump juga lebih cenderung menggunakan bahan api fosil dalam penjanaan elektrik, dan pernah berjanji ingin membantu syarikat-syarikat penjanaan elektrik ini sehabis baik.

  • Kadar faedah

Indeks US Dolar menjunam ketika proses pengiraan undi presiden dilakukan. Namun mengukuh semula pada paras 97.25 ketika Trump membuat ucapan kemenangannya. Trump pernah mengugut untuk memecat Pengerusi Feds, Janet Yellen jika mengambil alih kuasa presiden. Trump tidak menyukai polisi Feds yang mengamalkan polisi kadar faedah rendah. Keinginan untuk menyemak semula perjanjian perdagangan sedia ada boleh menyebabkan gangguan dagangan lalu boleh mengurangkan momentum perkembangan ekonomi dan mengurangkan kebarangkalian kenaikan faedah pada bulan Disember nanti

  • Pasaran mata wang

Reaksi pasaran yang menjual Dolar Amerika ketika pasaran ketika proses penjumlahan undi berlangsung dengan Trump mendahului telah dipadamkan hampir 70% ketika Trump memberikan ucapan kemenangannya. Peso Mexico menjunam nilainya berbanding Dolar Amerika pada paras terendah yang belum pernah dilihat lagi dalam sejarah apabila Trump diumumkan pemenang pengundian kali ini. Pasaran selamat atau “safe heaven” menjadi pilihan ketika ketidaktentuan pagi tadi. SNB dan BOJ telah bersiap sedia lebih awal bagi campur tangan bagi menstabilkan Swiss Franc dan Yen. SNB kelihatan lebih berjaya campur tangan dengan nilai Swiss Franc kembali stabil pada harga pembukaan hari ini walau permintaan CHF amat tinggi ketika gelora penjumlahan undi berlangsung. Secara keseluruhannya, ketika ini pasaran dalam mood tunggu dan lihat polisi sebenar yang akan Trump laksanakan.

 

Suka atau tidak kita sebagai pedagang mata wang perlu mengambil berat apa jua polisi Trump yang akan dilaksanakan kerana Trump terkenal dengan sikapnya yang lebih radikal. Trump merupakan seorang yang berlatarbelakangkan usahawan yang sangat berjaya.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: