DOSM: Nilai Perdagangan Malaysia Cecah RM2 Trilion Pada Tahun Lalu, Pertumbuhan Terpantas Sejak 1994

DOSM: Nilai Perdagangan Malaysia Cecah RM2 Trilion Pada Tahun Lalu, Pertumbuhan Terpantas Sejak 1994

Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) melaporkan bahawa jumlah dagangan Malaysia mencatatkan pencapaian baharu pada tahun lalu, menjangkaui RM2 trilion ya

Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) melaporkan bahawa jumlah dagangan Malaysia mencatatkan pencapaian baharu pada tahun lalu, menjangkaui RM2 trilion yang mana merupakan pertumbuhan terpantas sejak tahun 1994.

Menerusi laporan terbaru yang dikeluarkan pada hari ini, perdagangan Malaysia telah merekodkan peningkatan dua digit 24.8% kepada RM2.2 trilion pada tahun 2021 berbanding RM1.8 trilion pada tahun sebelumnya.

Angka-angka tersebut muncul selepas pertumbuhan perdagangan negara mengalami pengucupan dua tahun berturut-turut.

DOSM berkata perdagangan dunia telah kembali mengukuh setelah mengalami gangguan rantaian bekalan global serta ketidakpastian ekonomi yang dicetuskan oleh pandemik Covid-19.

Pengukuhan itu didorong oleh strategi pemulihan ekonomi yang dilaksanakan oleh setiap negara yang mana telah menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, kesemua negara telah mencatatkan peningkatan pada jumlah perdagangan, dipelopori oleh Selangor dengan RM112.6 bilion, diikuti oleh Pulau Pinang (RM94.4 bilion) dan Johor (RM87.4 bilion).

“Eksport Malaysia bernilai RM1,239.8 bilion pada tahun 2021, naik 26% berbanding dengan RM983.8 bilion pada tahun 2020,” ujarnya.

Di antara lima negara pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport terbesar dengan memiliki bahagian 29.3%, diikuti oleh Johor (20.6%), Selangor (19.0%), Sarawak (6.8%), dan Kuala Lumpur (3.5%), jelas beliau.

Import juga meningkat 23.3% kepada RM987.2 bilion pada tahun lalu daripads RM800.5 bilion pada tahun sebelumnya.

“Selangor kekal sebagai pengimport terbesar dengan memiliki bahagian 27%, diikuti oleh Pulau Pinang (23.5%), Johor (20%), Kuala Lumpur (7.3%) dan Kedah (5.9%),” kata Uzair.

Import yang lebih tinggi yang direkodkan di Selangor dan Kuala Lumpur disumbangkan oleh produk elektrik dan elektronik yang lain.

Di samping itu, litar bersepadu elektronik adalah penyumbang utama import di Pulau Pinang dan Kedah.  Manamkala peroleum halus merupakan penyumbang utama import di Johor, “katanya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: