Dovish BoJ Melihat ‘Ultra Low Rate’ Sehingga Musim Bunga 2020

Dovish BoJ Melihat ‘Ultra Low Rate’ Sehingga Musim Bunga 2020

Bank Pusat Jepun (BoJ) menerusi kenyataan dasar menjelaskan bahawa mereka akan terus mengekalkan kadar faedah yang sangat rendah serta dasar kewangan

Bank Pusat Jepun (BoJ) menerusi kenyataan dasar menjelaskan bahawa mereka akan terus mengekalkan kadar faedah yang sangat rendah serta dasar kewangan yang longgar sekurang-kurangya sehingga musim bunga tahun 2020.

Tindakan ini dilakukan adalah bagi memberi jaminan kepada para pelabur bahawa dasar monetari akan terus memberi ransangan walaupun impak negatif semakin bertambah.

BoJ menjangkakan bahawa mereka tidak akan berjaya mencapai sasaran 2 peratus inflasi sekurang-kurangnya sehingga Mac 2022, iaitu sembilan tahun selepas Gabenor Kuroda melancarkan program radikal beliau untuk memulihkan harga.

Outlook BoJ memberi isyarat yang membimbangkan kepada rakan dagangan mereka yang lain yang juga terpaksa berhadapan dengan tekanan inflasi yang rendah.

Pendirian bank pusat yang diumumkan pada hari ini menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai alat untuk berhadapan dengan inflasi dan kelemahan ekonomi, namun tetap akan berjaga-jaga dengan kesan sampingannya.

Bank pusat juga berjanji untuk menlanjutkan kedudukan kadar faedah yang rendah sementara terus memerhatikan impak daripada tarif import yang akan dikuatkuasakan pada Oktober hadapan, aktiviti ekonomi domestik, termasuk perkembangan ekonomi golbal.

Kenyataan BoJ ini selari dengan pendekatan dovish yang diambil oleh bank pusat utama yang lain,.

Fed pula dilihat satu-satunya bank yang lebih neutral, sekali gus menjadi pendorong kepada lonjakan dollar ke paras tertinggi tahunan berbanding matawang utama yang lain.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: