Dovish Fed Diketepikan Sementara Waktu, USD/JPY Mendaki Ke Paras Tertinggi 1 Minggu Yang Lalu

Dovish Fed Diketepikan Sementara Waktu, USD/JPY Mendaki Ke Paras Tertinggi 1 Minggu Yang Lalu

Permintaan dollar melonjak berbanding yen pada hari Isnin, dipandu oleh kekuatan data pekerjaan dan data perkilangan pada minggu yang lalu walaupun F

Permintaan dollar melonjak berbanding yen pada hari Isnin, dipandu oleh kekuatan data pekerjaan dan data perkilangan pada minggu yang lalu walaupun Fed lebih berhati-hati terhadap keputusan dasar mereka di masa hadapan.

Pada hari Jumaat lalu, sebanyak 304,000 penambahan pekerjaan dilaporkan oleh NFP pada bulan Januari, jumlah tertinggi sejak 11 bulan yang lalu sementera PMI Pembuatan ISM turut bergerak lebih cepat pada bulan yang lalu.

Data yang kukuh ini sekurang-kurangnya berjaya memberi kelegaan sementara kepada pasaran terhadap isu kelembapan ekonomi di AS yang telah mengakibatkan Fed dijangka menghentikan kitaran pengetatan dasar mereka pada tahun ini.

USD/JPY sehingga jam 7.30 petang melonjak ke paras tertinggi seminggu yang lalu, naik 0.38% kepada 109.86

Dovish Fed walau bagaimanapun tetap menjadi pemandu utama kepada pergerakan dollar, akan tetapi pemulihan pasaran saham dan data ekonomi AS yang lebih baik berjaya mengurangkan tekanan tersebut.

Fokus pelabur kini beralih kepada laporan dasar monetari RBA yang akan diterbitkan hari esok. Bank pusat Australia dijangka terus mengekalkan ransangan dasar mereka akibat kelemahan data-data terkini yang telah dilaporkan.

Selain itu, RBA juga dijangka mengubah pandangan optimis terhadap outlook ekonomi mereka disamping jangkaan untuk ‘rate cut’ diumumkan juga hangat diperdebatkan oleh penganalisis ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: