Dovish Hike BoC Punca USD/CAD Kembali Ke Puncak

Dovish Hike BoC Punca USD/CAD Kembali Ke Puncak

Berdasarkan preview pada artikel yang lalu, dovish hike dijangka berlaku selepas BoC mengumumkan kadar faedah dan dasar kewangan mereka semalam. Bo

Berdasarkan preview pada artikel yang lalu, dovish hike dijangka berlaku selepas BoC mengumumkan kadar faedah dan dasar kewangan mereka semalam.

BoC telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.50%, selari dengan jangkaan pasaran. Selain itu, bank pusat turut mengekalkan kenyataan yang berhati-hati dan akan terus bergantung kepada data-data terkini dalam membuat keputusan.

Kenyataan tersebut pada awalnya telah menghilangkan kebimbangan pasaran terhadap nada dovish yang mungkin dikeluarkan oleh pembuat dasar.

Malangnya, sidang media BoC mengubah segala-galanya. Gabenor Poloz menegaskan bahawa ekonomi kini bakal menghadapi kejutan besar jika lebih banyak tariff-tariff baru diperkenalkan.

Walaupun beliau menutup kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa dasar tidak boleh dilakukan berdasarkan hipotetikal, namun pasaran sedar akan risiko besar terhadap pendirian dan unjuran semasa bank pusat.

Sidang media Poloz yang dilihat lebih dovish berbanding kenyataan dasar yang dikeluar telah mengagalkan pemulihan loonie (CAD) berbanding kesemua matawang utama yang lain.

Bearsih CAD telah menolak naik USD/CAD daripada paras 1.3066 ke paras 1.3162, melonjak hampir 100 pips.

Momentum bullish diteruskan sehingga penutupan pasaran dan harga tutup di paras 1.3211. Kedudukan ini kekal stabil sehinggas sesi dagangan Asia hari Khamis pada jam 9.20 pagi.

Fokus pasaran beralih kepada data inflasi pengguna AS yang akan dikeluarkan pada malam ini bagi menentukan pergerakan dollar seterusnya.

Resistance terhampir kini berada di paras 1.3270 (R1), 1.3350 (R2) dan 1.3390 (R3). Manakala support pula berada pada harga 1.3200 (S1), 1.3155 (S2) dan 1.3120 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: