Draghi: Risiko Pertumbuhan Meningkat, ECB Mungkin Akan Menangguhkan Rate Hike Sekali Lagi

Draghi: Risiko Pertumbuhan Meningkat, ECB Mungkin Akan Menangguhkan Rate Hike Sekali Lagi

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Draghi berkata, berhadapan dengan ancaman pertumbuhan, bank pusat mungkin akan menangguhkan lebih lama rancan

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Mario Draghi berkata, berhadapan dengan ancaman pertumbuhan, bank pusat mungkin akan menangguhkan lebih lama rancangan untuk menaikkan kadar faedah.

ECB telah mula mengubah laluan dasar mereka pada awal bulan ini dan menunda rancangan untuk menormalkan dasar, bukan dengan menyediakan pihak bank dengan lebih banyak kecairan ataupun menangguh rate hike sehingga tahun hadapan.

“Seperti yang telah kami lakukan pada mesyuarat bulan Mac, kami akan memastikan dasar kewangan terus bersama ekonomi dengan mengubah unjuran kadar kami supaya selari dengan outlook inflasi yang baru”, kata Draghi di Frankfurt pada hari ini.

Tambah Draghi, “Dalam keadaan permintaan luar melemah, pelaburan perniagaan tertekan dan risiko impak negatif ke atas pekerjaan dan permintaan domestik semakin meningkat.”

TLTROs (targeted longer-term refinancing operations) yang merupakan bentuk pinjaman baru bank oleh ECB dijadikan sebagai alat oleh bank pusat untuk mengatasi kelembapan.

Ketua Ekonomi ECB Peter Praet menjelaskan, “TLTROs adalah alat yang fleksibel dengan beberapa parameter yang boleh dilaraskan untuk memenuhi keperluan dasar monetari pada satu-satu masa”.

Di samping menyuarakan aduan daripada pihka bank bahawa kadar faedah negatif akan melumpuhkan pinjaman bank, Draghi berkata ECB akan mempertimbangkan sama ada pengurangan diperlukan atau tidak, namun mengatakan keuntungan yang lemah bukanlah secara automatik disebabkan oleh kadar faedah negatif.

“Sekiranya perlu, kami akan memikirkan langkah-langkah yang mungkin dapat mengelakkan implikasi kadar negatif kepada ekonomi, disamping mengurangkan kesan-kesan sampingan jika ada. Oleh itu, keuntungan bank yang rendah bukanlah kesan yang tidak dapat dieleakkan dari kadar negatif”, jelas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: