Dua Faktor Dorong GBP/USD Kekalkan Momentum Bullish

Dua Faktor Dorong GBP/USD Kekalkan Momentum Bullish

Pound memulakan pembukaan dagangan sesi Asia minggu ini dengan nada yang positif, didorong oleh bacaa KDNK UK suku keempat yang melebihi jangkaan pad

Pound memulakan pembukaan dagangan sesi Asia minggu ini dengan nada yang positif, didorong oleh bacaa KDNK UK suku keempat yang melebihi jangkaan pada hari Jumaat lalu dan spekulasi bahawa kerajaan akan melonggarkan sekatan pergerakan.

Pada hari Ahad, PM UK Boris Johnson memuji kejayaan program vaksin negara apabila data menunjukkan 15 juta suntikan dos pertama telah diberikan.

Memetik laporan Telegraph UK, Johnson turut memberi isyarat akan melonggarkan perintah kawalan pergerakan berkaitan wabak seawal 8 Mac hadapan.

Perkembangan di atas bukan sahaja mengukuhkan permintaan pound, malah turut mengekalkan momentum bullish GBP/USD yang terbentuk pada minggu lalu.

Selain itu, kelemahan dolar AS juga menjadi salah satu faktor menyokong pasangan matawang tersebut untuk mengekalkan kedudukan tertinggi menghampiri paras 1.3900.

Laporan positif pakej rangsangan dan perkembangan vaksin di AS telah membantu meningkatan permintaan ekuiti dan hasil bon, sekali gus memberi tekanan kepada greenback.

Di samping itu, kelemahan dolar turut dipandu oleh jangkaan akan meningkatkannya inflasi serta data-data yang mengisyaratkan kelemahan sektor pekerjaan.

Secara keseluruhannya, tanpa data-data ekonomi utama termasuk penutupan pasaran China, AS dan Kanada pada hari ini, pergerakan matawang dijangka terhad dan GBP/USD berkemungkinan akan didagang naik dan turun dalam julat yang kecil.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: