Dua Faktor Mengukuhkan Kedudukan Indeks USD Menjelang Data NFP

Dua Faktor Mengukuhkan Kedudukan Indeks USD Menjelang Data NFP

Dolar AS mengukuhkan kedudukannya pada hari Rabu yang lalu selepas ketegangan antara AS dan Iran kian mereda dengan reaksi balas Presiden Trump yang

Dolar AS mengukuhkan kedudukannya pada hari Rabu yang lalu selepas ketegangan antara AS dan Iran kian mereda dengan reaksi balas Presiden Trump yang positif.

Pembelian dollar turut disokong oleh pemulihan hasil bon 10-tahun AS ke paras tertinggi mingguan serta laporan ADP yang menujukkan penambahan pekerjaan sektor swasta bulan Disember yang melebihi jangkaan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain telah naik merekodkan paras tertinggi tahun 2020 yang baru sekitar zon 97.35/40.

Namun begitu, menjelang data NFP pada hari Jumaat serta barisan ucapan pembuat dasar Fed pada malam ini, indeks USD dilihat telah berada di dalam fasa pemadatan (consolidation) berhampiran paras tertinggi tahunan, didagang sekitar 97.28 mata setakat jam 2.40 petang.

Outlook terhadap dolar secara keseluruhan masih tidak berubah dengan statusnya sebagai simpanan matawang global dan pilihan safe haven.

Selain itu, dolar juga akan terus bergerak mengikut rentak Federal Reserve yang kekal berpandangan ‘tunggu dan lihat’, berbeza berbanding dengan pendirian dovish negara G10 yang lain.

Selain mengikuti perkembangan dasar dan sektor pekerjaan AS, tajuk berkaitan geopolitik dan perjanjian perdagangan fasa pertama bersama China juga akan terus diteliti kerana masih berpotensi mengubah keinginan risiko pelabur.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: