Dua Kemungkinan Daripada Hasil Rundingan AS-China Menyebabkan Pasaran Emas Terperangkap Tanpa Arah Tuju Yang Jelas

Dua Kemungkinan Daripada Hasil Rundingan AS-China Menyebabkan Pasaran Emas Terperangkap Tanpa Arah Tuju Yang Jelas

Presiden AS Dondald Trump mengatakan bahawa para perunding daripada kedua-dua negara AS-China semakin hampir untuk mencapai perjanjian dan dijangka b

Presiden AS Dondald Trump mengatakan bahawa para perunding daripada kedua-dua negara AS-China semakin hampir untuk mencapai perjanjian dan dijangka berlaku tidak lama lagi, atau mungkin juga tidak akan berlaku sama sekali.

Kenyataan bercampur Trump ini telah menyebabkan para pelabur emas dalam kebingungan apakah mereka perlu membawa emas kembali ke paras terendah $1,300 atau membiarkannya kekal pada harga yang ada sebelum kembali membelinya.

Kenyataan dovish Jerome Powell yang menyuarakan beberapa risiko yang dihadapi oleh ekonomi walaupun masih kukuh dilihat telah memicu pembelian kecil emas pada sesi yang lalu.

Futures Emas di Comex NYMEX naik 0.12% atau $1.55 kepada $1,331.05 per auns.

Para pelabur telah menggunakan logam berharga emas sebagai pelindung nilai atau sebagai aset safe haven dalam menghadapi keputusan rundingan perdagangan AS-China.

Trump pada hari Isnin yang lepas mengatakan bahawa perjanjian bagi mengakhiri perang perdagangan akan ditandatangani bersama Presiden China Xi Jinping tidak lama lagi, namun meletakkan syarat hanya akan berlaku jika China dapat menyelesaikan beberapa baki perbezaan yang ada.

Oleh itu, walaupun beliau menyatakan bahawa perjanjian mungkin berlaku tidak lama lagi, namun kemungkinan untuk tidak berlaku juga tidak dapat dihindarkan.

Pengerusi Fed Jerome Powell pada hari Selasa yang lalu telah memberi keterangan untuk hari pertama di hadapan Jawatankuasa Senat bagi Bank, Perumahan dan Hal Ehwal Bandar dan beliau menjelaskan bahawa outlook ekonomi adalah baik, namun terdapat beberapa halangan yang perlu dihadapi.

Bank pusat masih kekal dengan pendirian untuk lebih bersabar dalam mengumumkan rate hike pada tahun ini selepas kadar faedah dinaikkan empat kali pada tahun 2018 yang lalu.

Powell juga menyatakan saiz penyata imbangan yang masih dipegang oleh Fed adalah bergantung sepenuhnya kepada liabiliti semasa.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: