Dua Komen Hawkish Kukuhkan Perubahan Nada Di Kalangan Jawatankuasa Dasar Monetari BoE

Dua Komen Hawkish Kukuhkan Perubahan Nada Di Kalangan Jawatankuasa Dasar Monetari BoE

Dua pembuat dasar Bank Pusat England memberi isyarat bahawa dasar mungkin akan diperketatkan lebih awal bagi membendung inflasi daripada overheating.

Dua pembuat dasar Bank Pusat England memberi isyarat bahawa dasar mungkin akan diperketatkan lebih awal bagi membendung inflasi daripada overheating.

Michael Saunders pada hari ini, bersama-sama Timbalan Gabenor Dave Ramsden memaklumkan bahawa pertumbuhan dan inflasi dalam ekonomi UK masing-masing telah menjangkau unjuran terkini bank pusat pada Mei.

Ulasan tersebut telah melonjkan permintaan pound sehingga naik 0.3% berbanding dolar AS, meredakan jangkaan yang melihat BoE akan mula menaikkan kadar faedah pada Mei 2022, setahun selepas Fed mengetatkan dasar mereka.

Tambahan pula, kenyataan ini dikeluarkan sehari selepas data inflasi UK naik melebihi jangkaan ke paras 2.5%.

Saunders berkata BoE mungkin harus mempertimbangkan untuk menghadkan program rangsangannya “dalam satu atau dua bulan ke depan” bagi mengekang tekanan inflasi ketika ekonomi sedang memulih.

Dave Ramsden pula menyebutkan bahawa isyarat untuk mempertimbangkan pengetatan menerusi data terkini mungkin lebih cepat daripada yang beliau fikirkan.

Komen-komen tersebut mengukuhkan perubahan nada di kalangan anggota Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BoE.

Hal ini menunjukkan bahawa ahli MPC mungkin akan membahaskan penamatan lebih awal program pembelian bon bernilai 150 bilion pound tahun ini, satu langkah yang akan menjadikan BoE berada di barisan hadapan bank pusat global dalam menarik balik rangsangan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: