Dua Potensi Pergerakan GBP/USD Selepas Laporan Pekerjaan UK Dikeluarkan

Dua Potensi Pergerakan GBP/USD Selepas Laporan Pekerjaan UK Dikeluarkan

Sektor pekerjaan UK dijangka melaporkan kadar purata pendapatan termasuk bonus yang sama seperti bulan Oktober, naik sekitar 3.3% di bulan November.

Sektor pekerjaan UK dijangka melaporkan kadar purata pendapatan termasuk bonus yang sama seperti bulan Oktober, naik sekitar 3.3% di bulan November.

Manakala jumlah mereka yang memohon insurans pengangguran dijangka naik 20,000 orang pada bulan Disember, lebih tinggi berbanding 21,900 tuntutan pada bulan sebelumnya.

Kesan kepada GBP/USD?

Kejatuhan angka pendapatan yang akan diterbitkan pada jam 5.30 petang akan memicu tekanan penjualan pound (GBP) yang baru sementara pasaran masih menantikan berita berkaitan Brexit.

Kejutan negatif ini akan membuka peluang kepada GBP/USD untuk turun menguji paras 1.2755 dan berpotensi jatuh ke paras 1.2700.

Jika data yang dikeluarkan adalah lebih baik, pasangan matawang ini dijangka mampu kembali menawan 1.2900 sebelum berhadapan resistance terhampir di paras 1.2930 dan 1.2970.

Sehingga jam 4.10 petang, GBP/USD didagang sekitar 1.2870, susut -0.16%

Kadar gaji yang tinggi pada bulan Disember di dalam sektor pekerjaan UK akan memberi sokongan kepada pound di dalam pasaran matawang kerana pendapatan yang meningkat dalam keadaan inflasi yang rendah akan menguatkan pendirian Bank Pusat England (BoE) untuk mengetatkan dasar mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: