DXY Mulakan Dagangan Minggu Ini Dengan Mood Yang Lebih Baik, Bertahan Di Atas Support Kritikal 96.45

DXY Mulakan Dagangan Minggu Ini Dengan Mood Yang Lebih Baik, Bertahan Di Atas Support Kritikal 96.45

DXY atau indeks USD didagang dengan mood yang lebih baik pada pembukaan pasaran minggu ini, mengekalkan kedudukan yang menghampiri resistance penting

DXY atau indeks USD didagang dengan mood yang lebih baik pada pembukaan pasaran minggu ini, mengekalkan kedudukan yang menghampiri resistance penting 97.00 mata.

Permintaan ke atas greenback sedikit pulih selepas menguji support yang kritikal di paras 96.50/45 pada hari Jumaat yang lalu.

Dollar pada hari Jumaat menyusut apabila ekonomi Amerika hanya melaporkan penambahan pekerjaan yang lebih kecil pada bulan yang lalu.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain menjunam lebih 0.4% ke paras terendah 7 minggu yang lalu sekitar 96.45 setelah angka diatas dikeluarkan.

Ekonomi AS hanya melaporkan penambhan 75,000 pekerjaan pada bulan Mei sementara inflasi pendapatan turut melemah.

Data tersebut meningkatkan lagi jangkaan bahawa Fed akan mula menurunkan kadar faedah berikutan pasaran buruh telah mencapai kemuncaknya.

Selain itu, jangkaan ‘rate cut’ ini telahpun menguat akibat daripada konflik perdagangan antara AS dan China yang telah memaksa bank-bank utama menurunkan outlook pertumbuhan mereka.

Tambahan pula, Pengerusi Fed Jerome Powell pada minggu yang lalu mengatakan bahawa bank pusat akan bertindak sesuai dengan keadaan semasa bagi mengekalkan perkembangan ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: