ecb-10

ECB Berazam Untuk Hentikan Lonjakan Inflasi Daripada Menjadi Satu Norma

Bank Pusat Eropah (ECB) berazam untuk menghentikan lonjakan inflasi daripada menjadi satun norma atau kebiasaan, kata presiden ECB Christine Lagarde semalam.

Kadar inflasi yang melambung tinggi dipandu oleh kejutan ekonomi terhadap dua peristiwa, wabak koronavirus dan pencerobohan Rusia di Ukraine.

Dua kejtuan ini telah mendorong harga pengguna naik “lebih tinggi dan berterusan” daripada jangkaan, tambahnya ketika berucap di Frankrurt.

“Bank pusat akan memastikan kadar inflasi yang terlalu tinggi ini tidak menjadi sesuatu yang kekal, dan itu yang sedang diusahakan,” tegas Lagarde.

Inflasi di zon eropah meningkat kepada 9.1 peratus pada bulan Ogos, kadar tertinggi yang pernah direkodkan dengan penganalisis meramalkan kadar itu boleh mencapai dua digit menjelang akhir tahun ini.

Pada mesyuarat dasar yang lalu, ECB telah mengejutkan pasaran dengan menaikkan kadar faedah dengan julat terbesar, 75 mata asas.

Keputusan mengejutkan itu dibuat hanya beberapa minggu selepas ECB menaikkan kadar buat kali pertama dalam lebih sedekad, yang telah menamatkan tempoh kadar faedah negatif bank pusat.

Pergerakan agresif telah menjadi “alat utama untuk menunjukkan keazaman kami” untuk membawa inflasi kembali kepada sasaran dua peratus ECB, kata Lagarde.

Memandang ke hadapan, ECB menjangka akan “menaikkan lagi kadar faedah dalam beberapa mesyuarat yang akan datang”, katanya.

Seberapa cepat dan sejauh mana kadar akan meningkat bergantung pada “unjuran inflasi”, jelasnya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *