ECB Buka Pintu Rate Cut & QE, Namun Mesej Draghi Yang Seimbang Pulihkan EUR/USD

ECB Buka Pintu Rate Cut & QE, Namun Mesej Draghi Yang Seimbang Pulihkan EUR/USD

Bias penjualan matawang EUR kian pudar walaupun dengan ECB menyampaikan mesej yang dovish. Bank pusat mengekalkan kadar faedah, namun telah mengub

Bias penjualan matawang EUR kian pudar walaupun dengan ECB menyampaikan mesej yang dovish.

Bank pusat mengekalkan kadar faedah, namun telah mengubah ‘forward guidance mereka.

ECB mengumumkan bahawa kadar faedah dijangka kekal pada paras semasa atau lebih rendah sekurang-kurangnya sehingga pertengahan tahun pertama 2020.

Selain itu ECB juga dilaporkan akan meneliti keperluan perlaksanaan program QE dan potensi penggunaan sistem berperingkat pada kadar deposit.

Menerusi sidang media, Presiden Mario Draghi menekankan bahawa risiko aktiviti sektor pembuatan semakin merosot memaksa outlook untuk kekal negatif.

Berkenaan inflasi, ECB menjangkakan daya tolakan menaik kepada harga pengguna akan mula terbentuk pada akhir tahun ini.

Secara keseluruhannya, Draghi cuba mengimbangkan kenyataan beliau dengan menegaskan bahawa ahli ECB pada hari ini tidak membincangkan mengenai isu saiz pemotongan kadar faedah, akan tetapi hanya meneliti unjuran di masa hadapan sebelum memutuskan sebarang tindakan.

Kenyataan Draghi tersebut telah mengembalikan permintaan EUR, menjadikan paras 1.1100 EUR/USD sebagai support paling penting ketika ini.

Sehingga jam 10.05 malam, EUR/USD didagang pada harga 1.1183, melonjak hampir 80 pips daripada paras terendah tahunan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: