ECB Kekalkan Dasar, EUR/USD Teruskan Pendakian Berhampiran Zon 1.190

ECB Kekalkan Dasar, EUR/USD Teruskan Pendakian Berhampiran Zon 1.190

Bank Pusat Eropah (ECB) mengekalkan dasar monetari pada pertemuan hari ini, namun dengan momentum pemulihan ekonomi yang kian melemah dan kemerosotan

Bank Pusat Eropah (ECB) mengekalkan dasar monetari pada pertemuan hari ini, namun dengan momentum pemulihan ekonomi yang kian melemah dan kemerosotan jangkaan inflasi di Eropah, Presiden ECB Christine Lagarde dijangka akan memberi isyarat yang lebih jelas terhadap laluan dasar di masa hadapan.

Tanpa mengubah sebarang polisi bagi menghentikan kemerosotan ekonomi terburuk dalam sejarah di seluruh 19 blok negara sepanjang musim bunga yang lalu, ECB berpeluang membiarkan kerajaan melaksanakan dasar mereka, termasuk membiarkan dasar ulta-longgar bank pusat untuk meresap masuk ke dalam ekonomi sebenar.

Namun halangan untuk pulih dari penyusutan 12% KDNK pada suku kedua terbukti lebih besar daripada yang dijangkakan, dan ahli ekonomi mengatakan ECB perlu memperkenalkan lebih banyak tindakan, yang dijangka akan diumumkan pada bulan Disember.

“Dewan para pembuat dasar terus bersiap sedia untuk melaraskan semua instrumennya, mengikut kesesuaian bagi memastikan inflasi bergerak menuju tujuannya secara berterusan, sesuai dengan komitmennya terhadap simetri,” kata ECB selepas keputusan mesyuarat dasar hari ini.

Walau bagaimanapun, isu yang timbul adalah data-data terbaru yang menunjukkan bahawa keyakinan pelabur dan pengguna semakin berkurang akibat peningkatan kes jangkitan virus sekatan pergerakan yang baru.

Malah yang lebih penting bagi ECB adalah inflasi telah berubah negatif sehingga meningkatkan risiko unjuran pertumbuhan harga jangka masa panjang.

Angka inflasi merupakan data yang penting kepada bank pusat, namun kedudukannya yang hanya menghampiri sasaran 2% inflasi selama tujuh tahun telah memicu keraguan terhadap kredibiliti dasar yang radikal.

Selain itu, antara kebimbangan lain adalah pengukuhan 8% euro berbanding USD sejak Mei, yang mana telah mengikis daya saing eksport dan mengurangkan inflasi apabila kos import menurun.

Fokus pasaran kini tertumpu kepada sidang media presiden ECB Lagarde pada jam 1 pagi (Jumaat), waktu di mana akan dibentangkan unjuran ekonomi yang baru serta menjawab soalan-soalan berkaitan kekuatan euro dan prospek ransangan yang lebih banyak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: