ECB Kekalkan Dasar & Program Ransangan, EUR/USD Kembali Ke Zon Positif

ECB Kekalkan Dasar & Program Ransangan, EUR/USD Kembali Ke Zon Positif

EUR/USD mengenepikan perasaan pesimis untuk keluar daripada paras terendah baru 1.1380 dan kembali menguji harga tertinggi harian sekitar 1.1430/40

EUR/USD mengenepikan perasaan pesimis untuk keluar daripada paras terendah baru 1.1380 dan kembali menguji harga tertinggi harian sekitar 1.1430/40

Permintaan EUR kembali meningkat selepas ECB menyepadankan anggaran yang lalu dalam mesyuarat dasar hari ini, mengekalkan kadar penanda aras dan program PEPP pada € 1.35 trilion.

Dalam sidang media berikutnya, Presiden ECB, C.Lagarde menekankan bahawa data terbaru di rantau ini menunjukkan tanda-tanda pemulihan walaupun masih pada tahap di bawah pra-pandemik.

Namun begitu, secara keseluruhannya outlook masih menunjukkan ketidaktentuan yang tinggi, jelas beliau.

Lagarde juga mengulangi kenyataan bahawa pemulihan tidak akan bergerak sekata di seluruh wilayah, sementara KDNK pula dijangka pulih pada Q3.

Inflasi pula dilihat akan bergerak mendatar pada bulan-bulan berikutnya dan hanya akan mula meningkat pada tahun 2021.

Mengulas mengenai mesyuarat seterusnya yang mana akan memutuskan dana pemulihan bernilai € 750 bilion, Lagarde mengisyaratkan kemungkinan ianya akan dibuat dalam bentuk gabungan pinjaman dan geran, sebagaimana yang telah diumumkan sebelum ini.

Secara teknikal, pasangan matawang EUR/USD kini stabil di atas 1.1415 selepas ECB mengekalkan dasar kewangan mereka, dan akan bertukar ‘bullish’ jika harga menembusi paras resistance carta empat jam sekitar 1.1460.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: