ECB Memegang Salah Satu Kunci Utama Kemerdekaan Catalonia

ECB Memegang Salah Satu Kunci Utama Kemerdekaan Catalonia

Bank Pusat Eropah (ECB) telah memperbanyakkan kecairan dalam Zon Eropah menerusi program pembelian asset yang besar dan sentiasa memastikan aliran wan

Bank Pusat Eropah (ECB) telah memperbanyakkan kecairan dalam Zon Eropah menerusi program pembelian asset yang besar dan sentiasa memastikan aliran wang tunai cukup di dalam pasaran.

Di samping kadar faedah (interest rate) yang rendah, ECB cuba menawarkan permintaan agregat (AD) dalam pinjaman serta memastikan peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan inflasi.

Permintaan Agregat (AD) bermaksud jumlah permintaan terakhir bagi barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi berdasarkan masa dan paras harga tertentu.

Permintaan matawang dalam penawaran ECB baru-baru ini didorong oleh risiko politik semasa. Bank di Sepanyol telah meminjam daripada ECB sebanyak €21 billion menerusi penawaran akhir minggu lalu, naik €2.5 billion daripada jumlah pinjaman minggu pertama bulan Oktober.

Peningkatan mendadak terhadap permintaan tunai daripada ECB menunjukkan pihak bank telah menjangkakan akan berlakunya risiko pengeluaran (withdrawal) yang tinggi.

Antara faktor yang menyokong jangkaan tersebut adalah langkah berjaga-jaga yang diambil oleh pihak bank dengan memohon pelanggan mereka supaya segera mengeluarkan wang daripada bank di Catalan dan mula memindahkan alamat operasi mereka jauh daripada Catalonia.

CaixaBank telah memindahkan alamat mereka ke Valencia, manakala Banco Sabadell pula ke Alicante. Lebih banyak pengeluaran dilakukan oleh pelanggan, semakin tinggi pergantungan mereka kepada ECB sebagai pembekal kecairan utama. ECB akan bersidang pada hari Khamis minggu ini bagi membincangkan agenda utama berkenaan pengurangan program pembelian bon atau asset.

Walau bagaimanapun, kemerdekaan Catalan masih menjadi persoalan dengan Presiden ECB, Mario Draghi kekal berdiam diri tanpa sebarang ulasan berkenaan isu ini. Pergantungan bank tempatan (Catalan) terhadap kewangan ECB  menjadikan bank pusat sebagai salah satu kunci utama untuk memutuskan kemerdekaan Catalan menerusi ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: