ecb-10

ECB: Menaikkan Kadar Faedah Secara Agresif Diperlukan Dalam Usaha Melawan Inflasi

Bank Pusat Eropah (ECB) dalam minit yang diterbitkan hari ini berkata inflasi tidak dapat dijinakkan hanya dengan memperlahankan aktiviti ekonomi, namun penguatkuasaan ‘rate hike’ masih diperlukan.

ECB telah menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75 peratus pada pertemuan terakhir bulan lalu, peningkatan terbesar dalam sejarah Eropah.

Peningkatan faedah yang berterusan adalah bertujuan menangani tekanan harga pengguna zon Eropah yang telah mencecah paras tertinggi sepanjang masa.

Harga yang lebih tinggi terutamanya tenaga dijangka akan memperlahankan aktiviti ekonomi, berisiko mencetuskan kemelesetan walaupun berpotensi menurunkan inflasi.

Bagaimanapun para penggubal dasar ECB percaya bahawa “kelemahan dalam aktiviti ekonomi tidak akan mencukupi untuk mengurangkan inflasi ke tahap yang ketara”.

Kelembapan itu “tidak akan dengan sendirinya membawa unjuran inflasi kembali kepada sasaran dua peratus inflasi,” kata mereka seperti yang dilaporkan dalam minit mesyuarat 8 September lalu.

Majlis yang dianggotai 25 orang itu menghadapi “cabaran sukar untuk memastikan inflasi kembali kepada sasaran tepat pada masanya tanpa memburukkan lagi kemelesetan ekonomi”, jelas laporan itu.

Namun begitu, ahli ECB tetap berpendirian kebimbangan pertumbuhan tidak seharusnya menghentikan “kenaikan agresif yang diperlukan dalam kadar faedah”.

ECB percaya bahawa “bertindak tegas sekarang mampu mengelakkan keperluan untuk meningkatkan kadar faedah dengan lebih mendadak di kemudian hari ketika berda dalam kitaran ekonomi perlahan”.

Andrew Kenningham, dari Capital Economics, berkata minit itu “menunjukkan bahawa ECB cenderung untuk mengetatkan dasar secara agresif sebelum kemelesetan berlaku”, dan meramalkan kenaikan 100 mata asas pada mesyuarat seterusnya pada akhir Oktober.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *