Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari ini melanjutkan gesaan kepada pihak bank supaya mereka terus menahan diri dari membayar dividen atau menawarkan bon
Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari ini melanjutkan gesaan kepada pihak bank supaya mereka terus menahan diri dari membayar dividen atau menawarkan bonus sehingga 1 Januari 2021.
Kenyataan tersebut dikeluarkan bertujuan untuk memastikan bank mempunyai dana kecemasan yang cukup bagi menghadapi tekanan ekonomi akibat krisis koronavirus.
Memetik laporan Bloomberg, kenyataan diatas sekali lagi dikeluarkan berikutan bank seperti BNP Paribas SA telah melobi untuk melanjutkan pembayaran dividen sebagai usaha untuk menaikkan harga saham mereka yang sedang merosot.
Selain itu, peningkatan jumlah dagangan yang bersejarah, pelepasan peraturan serta jaminan pinjaman kerajaan yang luas juga telah meningkatkan pendapatan di beberapa buah bank.
Dalam usaha menjimatkan modal mengharungi kelembapan ekonomi akibat krisis Covid-19, permintaan pertama supaya pihak bank tidak melakukan sebarang pembayaran dividen sehingga Oktober telah dikeluarkan oleh ECB pada bulan Mac lalu.
Namun, Bloomberg pada minggu lepas melaporkan bahawa ECB cenderung kepada pandangan untuk melanjutkan penangguhan pembayaran dividen atau pembelian semula saham ini tiga bulan lebih lama dari yang dirancang, iaitu sehingga Januari 2021.
Walaupun langkah itu menyakitkan bagi beberapa pemberi pinjaman dan pelabur mereka, bank pusat menegaskan bahawa ianya merupakan pertukaran bagi mendapatkan pelepasan peraturan yang belum pernah terjadi sebelum ini.
ECB juga berkata mereka akan mengkaji semula pendirian ini pada suku tahun keempat dengan mengambil kira persekitaran ekonomi, kestabilan sistem kewangan dan kemampuan bank untuk merancang tahap modal masa depan mereka.
COMMENTS