ECB: Tiada Tindakan Drastik Diperlukan Untuk Kekang Kenaikan Hasil Bon

ECB: Tiada Tindakan Drastik Diperlukan Untuk Kekang Kenaikan Hasil Bon

Pasangan matawang EUR/USD berjaya mengekalkan momentum untuk terus berada berhampiran zon tertinggi 1.2100 selepas melonjak keluar dari paras terenda

Pasangan matawang EUR/USD berjaya mengekalkan momentum untuk terus berada berhampiran zon tertinggi 1.2100 selepas melonjak keluar dari paras terendah 1.1990 semalam.

Lonjakan tersebut seiring dengan kenaikan hasil bon Eropah selepas bank pusat Eropah (ECB) dilapor tidak akan bertindak secara drastik untuk mengekang perkembangan pasaran bon.

Para pegawai ECB berkata bahawa mereka yakin risiko ekonomi masih boleh diurus melalui campur tangan secara verbal dan fleksibiliti program QE (pelonggaran kuantitatif).

Mengulas tentang isu kenaikan hasil bon, Presiden ECB Christine Lagarde pada minggu lalu berkata, “Bank pusat akan terus memantau perkembangan nominal hasil bon jangka panjang”.

Selain laporan tersebut, situasi makro seperti pemulihan perdagangan dan juga program vaksinasi juga dilihat terus mempengaruhi sentimen pelabur yang menjangkakan pengukuhan prospek aktiviti ekonomi pada pertengahan 2021.

Namun begitu, dasar-dasar yang menyokong sentimen bullish matawang EUR ketika ini masih berdepan tekanan akibat penyesuaian para pelabur terhadap potensi lonjakan inflasi AS, peningkatan hasil bon dan permintaan dolar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: