Ekonomi China dan Benua Eropah Masih Goyah

Ekonomi China dan Benua Eropah Masih Goyah

Ekonomi di China masih dalam keadaan yang mengecewakan apabila indeks harga pengeluar (PPI) bulan September susut sebanyak -1.2% dalam unjuran tahun

Ekonomi di China masih dalam keadaan yang mengecewakan apabila indeks harga pengeluar (PPI) bulan September susut sebanyak -1.2% dalam unjuran tahun ke tahun.

Data tersebut menunjukkan kejatuhan terbesar pada inflasi sejak tahun 2016, mengisyaratkan bahawa perkilangan atau sektor pembuatan sangat terkesan dengan konflik perdagangan antara AS-China.

Harga pengguna (CPI) pula melonjak ke paras 3.0%, kadar tertinggi dalam tempoh enam tahun, didorong oleh kekurangan bekalan daging babi akibat wabak selsema babi di Asia.

Beijing telah mengarahkan bank pusat mereka supaya terus mengekalkan pemberian kredit kepada syarikat-syarikat domestik supaya dapat berhadapan dengan kelembapan ekonomi.

Jumlah pembiayaan sosial yang menjadi rujukan bagi kredit keseluruhan negara telah meningkat lebih cepat daripada jangkaan pada bulan September dengan kadar pinjaman Yuan melonjak 12.5% pada tahun ini.

Di benuar Eropah, kebimbangan terhadap isu Brexit akhirnya menimpa pasaran pekerjaan UK sehingga mengakibatkan jumlah pekerjaan susut sebanyak 56,000 orang pada bulan Ogos, meningkatkan kadar pengangguran ke paras 3.9% sementara purata pertumbuhan pendapatan bergerak lebih perlahan daripada jangkaan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: