Ekonomi Malaysia Di Atas Landasan Pemulihan Pada Awal Tahun 2021 – Jabatan Perangkaan Malaysia

Ekonomi Malaysia Di Atas Landasan Pemulihan Pada Awal Tahun 2021 – Jabatan Perangkaan Malaysia

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kembali pulih tahun depan berikutan keberkesanan pelancaran program vaksinasi Covid-19, peraturan prosedur oper

Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kembali pulih tahun depan berikutan keberkesanan pelancaran program vaksinasi Covid-19, peraturan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat oleh kerajaan dan momentum peningkatan dalam penggunaan dan pelaburan.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ekonomi Malaysia dijangka terus berada di landasan pemulihan pada bulan-bulan terawal 2021.

Memetik laporan terbaru ekonomi Bank Pembangunan Asia (ADB) yang dikeluarkan pada Disember 2020, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun ini diunjurkan merosot 6.0 peratus dan mencatatkan pertumbuhan 7.0 peratus pada 2021.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata ekonomi Malaysia sedang pulih secara beransur-ansur pulih kerana situasi wabak yang belum pernah terjadi ini masih dapat dikendalikan dengan SOP yang diperkenalkan oleh kerajaan.

“Dasar dan inisiatif kerajaan telah menyokong kestabilan pasaran buruh dan telah mendorong pemulihan secara beransur-ansur”, jelas beliau dalam Soroton Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 8/2020 yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, beliau juga menegaskan kepentingan untuk mempromosikan usaha-usaha strategik keusahawanan dan memastikan ekonomi dapat terus menyediakan pekerjaan kepada kalangan belia.

Sebagai contoh, peralihan para peniaga kepada digital demi kelangsungan perniagaan mereka dilihat telah meningkatkan hasil dalam perkhidmatan pos dan penghantaran.

Oleh itu, para belia juga perlu sentiasa bersedia untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran agar mereka kekal fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan pasaran buruh.

Antara sumbangan lain terhadap ekonomi adalah peningkatan aktiviti pelancongan domestik selepas PKPB dilonggarkan secara berfasa dan kerajaan membenarkan perjalan rentas daerah dan negeri.

Pertumbuhan yang positif juga disokong oleh peningkatan hasil eksport sarung tangan getah; minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit serta produk elektrik dan elektronik.

“Sektor pembuatan terus menjadi pendorong ekonomi dengan pertumbuhan positif 2.4 peratus yang disumbangkan oleh kedua-dua industri berorientasikan domestik dan eksport”, tambah Uzir.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: